Agensi Pelancongan Dilarang Beri Perkhidmatan Balik Kampung Beraya | Agensi pelancongan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka. Ini bagi memastikan tidak ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan yang ditawarkan untuk pulang beraya di kampung halaman.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar mengingatkan agensi pelancongan agar jujur dalam menerima tempahan daripada orang ramai agar tiada pihak mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini.
agensi pelancongan yang tidak jujur dalam urusan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan peraturan lain di bawahnya. Menurut akta tersebut agensi pelancongan dan pemandu pelancongan boleh dikenakan tindakan oleh Pesuruhjaya Pelancongan Malaysia.
Orang ramai turut dinasihati agar mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tidak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.
terdapat pihak yang mengguna ‘travel bubble’ untuk balik kampung, namun cara tidak akan menghalalkan niat dan ianya merupakan tanggungjawab diri sendiri untuk menentukannya. Menurut Ammar, pihaknya akan mengenal pasti produk-produk pelancongan di negeri Perlis sebagai persiapan merancakkan kembali sektor pelancongan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan apabila wabak Covid-19 beransur baik selepas ini.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu Perlis hanya dikenali disebabkan oleh adanya harumanis. Namun dia juga ingin mempelbagaikan produk baharu di negeri itu seperti Kampung Seberang Ramai (juga dikenali Kampung Pelagi) di Kuala Perlis yang mempunyai keunikannya tersendiri baik dari segi keindahan dan aktiviti pelancongan daripada penduduk kampung.
Lokasi itu akan dijadikan sebagai pusat sehenti mempromosikan produk-produk termasuk hasil kraf tangan, kebudayaan dan makanan penduduk setempat. Perancangan ini dibuat bagi menukar Kuala Perlis bukan lagi sebagai tempat transit pelancong ke Pulau Langkawi sebaliknya menjadi salah satu destinasi tumpuan utama pelancong pada masa akan datang.
Sumber: Sinar Harian