Eina Azman Dan Suami Merupakan Golongan Berisiko Tinggi | Sekali lagi warganet telah mengaitkan dengan golongan kayangan apabila selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin. Dikatakan bahawa mereka ini telah memotong barisan penerima vaksin.

Eina Azman Dan Suami Merupakan Golongan Berisiko Tinggi

Kedua-dua pasangan suami isteri itu telah menerima suntikan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman berkata, pasangan berkenaan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 25 Mei lalu atas nasihat doktor pakar yang merawat mereka kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

PPV hospital berkenaan menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan termasuk luar Perak dan semua pesakit telah menjalani pemeriksaan awal iaitu ‘Pre Vaccination Assesment (PVA)’ yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital. PPV HRPB hanya memberikan suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini.

Pasangan ini layak untuk menerima suntikan vaksin kerana berdasarkan rujukan doktor pakar yang merawat kedua-dua mereka. pasangan ini merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana mempunyai masalah kesihatan dan komorbid.

Pihak hospital mengambil maklum isu tular di beberapa laman media sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersama pasangannya didakwa telah memotong barisan dan mengambil vaksin Covid-19 di Ipoh. Bagaimanapun tiada isu potong barisan berlaku.

Eina Azman Dan Suami Merupakan Golongan Berisiko Tinggi

Eina Azman dan suaminya telah disenaraikan sebagai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi. Selari dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19, orang ramai terutama golongan berisiko tinggi digalakkan untuk membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau melayari laman web

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, bersama placard ‘saya sudah divaksin’ pada Selasa telah menjadi tular di media sosial.

Ia seterusnya mengundang kecaman apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply