Sabah Benarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut | Kerajaan Sabah telah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi untuk beroperasi semula sepanjang dua minggu lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok.

Sabah Benarkan Dine In Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataannya hari ini berkata, ia termasuk ‘dine-in’ di restoran, kedai makan dan restoran hotel, pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Menurut beliau, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.

Sementara itu, bagi aktiviti pembuatan dan perkilangan pula, ia akan diperluaskan kepada industri getah, simen dan cat serta kilang berasaskan kayu dan perabot.

Semua aktiviti terbabit sebelumnya tidak dibenarkan sepanjang empat minggu pertama PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri masih lagi mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu berikutan pengekalan PKP Fasa 1 selama dua minggu lagi.

Tambahnya, perincian SOP terbaharu bagi negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply