Pengumuman Khas Perdana Menteri. Ini Komen DS Najib Razak. | Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

 

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara.

Pada sesi menghadap hampir sejam itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menyembah maklum mengenai penerimaan jumlah surat akuan bersumpah (SD) yang disifatkan sebagai meyakinkan.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang akan bersidang pada September ini.

 

Ini komen Datuk Seri Najib Razak

Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti.

Dia kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia.

Ingat. Dia kata 8 sahaja.

Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.

Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September.

Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?

Sebab Covid masih serang parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah.

Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.

Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

 

Sumber : FB Najib Razak

Share.

Leave A Reply