Tindakan Dan Nasihat Pemuda Ni Beri Pada Frontliner Dipuji Orang Ramai. Ada Video | Hampir setahun pandemik ini berlaku di Malaysia. Kes baru juga semakin melonjak naik akibat beberapa kluster dan juga yang terbaru varian Delta.

Tindakan Dan Nasihat Pemuda Ni Beri Pada Frontliner Dipuji Orang Ramai. Ada Video

Orang ramai sentiasa diminta untuk menjaga SOP serta kesihatan masing-masing agar tidak berjangkit dengan wabak ini.

Selain itu, dalam pada kita menjaga diri sendiri, tidak salah juga bila kita mahu menjaga orang lain seperti keluarga dan orang yang terdekat agar sama-sama dapat membendung penyakit ini.

Baru-baru ini, tular seorang pemuda yang mahu terima suntikan vaksin di salah sebuah pusat kesihatan, melakukan semburan spray sanitizer di beberapa tempat untuk menjaga keselematan dirinya.

Selain itu, pemuda itu turut meminta izin untuk membuat semburan kepada salah seorang jururawat yang berada di situ.Dia juga memberi nasihat kepada frontliner tersebut agar perlu jaga diri dan risau jika berlaku apa-apa yang tidak baik kepada frontliner di Malaysia.

Tindakan pemuda tersebut dirakam dan telah dimuatnaik di platform TikTok, kemudiannya ia tular di beberapa media sosial yang lain. Pemuda itu juga turut mendapat pujian dan rata-rata orang ramai komen perlu contohi sikap beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOM DAKWAH 🇲🇾 (@jom_dakwah)

Sumber : Instagram

Share.

Leave A Reply