Pengumuman Khas YAB Perdana Menteri. | PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

 

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

 

Selesai menghadap Seri Paduka, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

 

Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

 

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

 

Susulan daripada itu, UMNO menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kegagalannya dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

 

Menerusi perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah turut meletak jawatan dari kabinet susulan kepatuhannya pada arahan parti.

 

Ahmad Zahid berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

 

 

Share.

Leave A Reply