Sempat Buat Panggilan Video, Lihat Air Mata Sarah Mengalir Ketika Nazak | Berikutan tular kematian seorang penyanyi terkenal Malaysia, Siti Sarah Raisuddin,36, pelawak popular serta usahawan, Shuib Sepahtu, 37, yang juga merupakan suami kepada Allahyarham dilaporkan sempat membuat panggilan video buat terakhir kalinya ketika arwah isterinya sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), semalam.

Sempat Buat Panggilan Video, Lihat Air Mata Sarah Mengalir Ketika Nazak

Shuib mengatakan bahawa beliau dan tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dapat melihat dengan jelas air mata arwah Siti Sarah mengalir berjuraian ketika mereka membuat penggilan video yang dipercayai menjadi kali terakhir bagi beliau dan anak-anak menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.

Jelas Shuib, beliau dan anak-anak melihat bahawa air mata Siti Sarah bergelinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang diungkapkan oleh mereka.

Beliau turut memberitahu bahawa sempat ke hospital selepas anak-anaknya tidur dan selesai majlis bacaan Yassin serta doa selamat namun dikatakan tidak dibenarkan untuk bertemu isterinya sebelum bertindak berpatah balik ke rumah menerusi laporan Berita Harian.

Shuib dilihat redha dengan pemergian isterinya namun menurutnya cabarannya adalah untuk memaklumkan kepada tiga cahaya matanya mengenai ketiadaan arwah ibunya pada masa ini.

Berikutan itu, jenazah arwah Siti Sarah dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas ia dikatakan merupakan permintaan dari arwah sendiri yang ingin dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di ICU, HCTM akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh Shuib sendiri laman Instagram (IG).

Sebelum ini dilaporkan ibu kepada empat cahaya mata itu berada dalam keadaan koma selepas dan bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply