Inilah Tips Mudah Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Daun sup dan daun ketumbar, sekilas pandang rupanya kelihatan sama. Malah ramai ibu-ibu yang tak dapat membezakan yang mana satu daun sup, yang mana daun ketumbar kecuali jika mencium bau daun tersebut.

Inilah Tips Mudah Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan di antara daun sup dan daun ketumbar serta khasiat keduanya.

Apakah perbezaan daun sup dan daun ketumbar dari segi rupa, bau, rasa, dan kegunaan dalam masakan?

  • Bentuk daun. Daun sup berdaun tajam dan berbatang panjang. Sementara daun ketumbar agak lebar dan batangnya pendek.
  • Warna daun. Biasanya warna kedua-dua daun sup dan daun ketumbar lebih kurang sama. Tak banyak berbeza. Inilah punca kenapa sukar untuk membezakan di antara dua jenis daun ini.
  • Bau. Bau daun sup sangat wangi dan mengingatkan anda kepada bau kuah sup. Manakala bau daun ketumbar agak kuat & menusuk hidung.
  • Rasa. Dari segi rasa, rasa daun ketumbar lebih kuat daripada daun sup.
  • Kegunaan dalam masakan. Seluruh pokok ketumbar boleh digunakan dalam masakan, termasuklah akarnya. Sementara untuk daun sup, kebiasaannya cuma daun dan batang sahaja digunakan dalam masakan.

Apakah khasiat daun sup?
Daun sup atau nama saintifiknya Apium Graveolens mempunyai rasa lebih kurang sama seperti daun parsli. Ia kaya dengan protein dan biasanya digunakan sebagai hirisan untuk mengharumkan dan menambah perisa makanan seperti sup. Di antara khasiat daun sup ialah:

1. Menambah selera makan
Aroma yang naik apabila daun sup dimasukkan kedalam masakan panas pasti membuatkan anda berselera untuk makan walau pun sedang sakit dan takde selera.

2. Deuretik
Daun sup bersifat deuretik iaitu membantu mengatasi masalah water retention atau lebihan air dalam badan yang menjadi punca muka kelihatan sembab, dan badan menjadi kembang.

3. Minyak wangi
Tahukah anda, ekstrak minyak daun sup merupakan salah satu bahan utama yng digunakan dalam proses membuat minyak wangi.

4. Meningkatkan imuniti badan
Daun sup kaya dengan vitamin c yang membantu meningkatkan imuniti badan iaitu kekuatan untuk melawan penyakit. Mereka yang mempunyai imuniti yang rendah lebih mudah dijangkiti demam, seksema, dan batuk.

5. Merawat sakit buah pinggang
Sakiranya anda mempunyai masalah sakit buah pinggang, boleh berikhtiar dengan menggunakan daun sup. Caranya:

  • Dapatkan akar daun sup
  • Bersihkan
  • Kisar sehingga halus & minum setiap pagi

6. Merawat sakit jantung
Sekiranya anda menghidap sakit jantung, boleh juga mengamalkan minum jus akar daun sup setiap pagi. Cara menyediakannya sama seperti jus akar daun sup untuk pesakit buah pinggang.

7. Merawat kencing manis
Daun sup membantu mengurangkan kadar gula yang berlebihan dalam darah penghidap penyakit kencing manis.

8. Menurunkan berat badan
Oleh kerana salah satu daripada khasiat daun sup ialah menurunkan kadar gula dalam darah, secara automatik ia juga membantu menurunkan berat badan.

9. Membaiki sistem perkumuhan
Pengambilan daun sup dalam diet setiap hari membantu meningkatkan sistem perkumuhan dengan menggalakkan pembuangan air kecil & memudahkan proses membuang air besar.

10. Menurunan kolesterol dalam darah
Jika anda mempunyai masalah kolesterol, jadikan daun sup sebagai ulam setiap hari kerana ia mampu menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.

11. Mencuci buah pinggang
Daun sup sudah lama digunakan sebagai rawatan alternatif kepada dialisis. Ianya juga murah dan tidak menyakitkan. Caranya:

  • Ambil setangkai daun sup
  • Rebus bersama 1 gelas air
  • Biarkan sehingga mendidih
  • Minum setiap pagi

12. Menghilangkan batuk
Jika anda batuk berpanjangan, boleh minum air rebusan daun sup & madu. Cara menyediakannya:

  • Rebus setangkai daun sup dalam 3 gelas air
  • Biarkan sehingga mendidih
  • Biarkan menjadi suam
  • Masukkan sedikit madu dan minum setiap kali anda batuk

13. Menghilangkan sakit mata
Sekiranya anda dijangkiti sakit mata, boleh juga gunakan daun sup sebagai altrnatif kepada ubat titis yang diberikan oleh doktor. Caranya:

  • Tumbuk daun sup, daun kelor, bayam dan sedikit garam sehingga lumat
  • Campurkan pes tadi kedalam segelas air
  • Minum 3 kali sehari

Apakah khasiat daun ketumbar?
Nama saintifik bagi daun ketumbar ialah Coriandrum sativum. Di antara khasiat daun ketumbar ialah:

1. Menghilangkan nafas berbau
Jika anda mempunyai masalah nafas berbau, kunyah sedikit daun ketumbar. Nafas anda akan kembali segar.

2. Mengurangkan senggugut
Untuk mereka yang senggugut, amalkan minum air rebusan daun ketumbar untuk melegakan kesakitan yang dialami. Caranya:

  • Rebus setangkai daun ketumbar bersama segelas air
  • Tunggu sehingga mendidih
  • Setelah suam, minum air tersebut

3. Meningkatkan imuniti & antibodi
Daun ketumbar mampu meningkatkan inumiti & antobodi anda.

4. Mencegah kanser
Daun ketumbar mengandungi antioksida yang mampu merencatkan sel kanser dalam tubuh badan.

5. Menghilangkan masalah kulit
JIka anda mengalami masalah kulit seperti kegatalan atau elergik, boleh jadikan daun ketumbar sebagai pes dan tampalkan pada bahagian kulit yang bermasalah.

6. Menstabilkan tekanan darah
Amalan minum air daun air ketumbar mampu menstabilkan tekanan darah anda.

7. Mengubati cirit-birit
Daun ketumbar boleh digunakan untuk mengubati cirit-birit. Anda boleh jadikan daun ketumbar sebagai ulam.

8. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
Seperti daun sup, daun ketumbar juga membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.

9. Membanyakkan sel darah merah
Daun ketumbar kaya dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah merah.

10. Mengatasi diabetis
Daun ketumbar menstabilkan paras insulin dalam darah & meningkatkan metabolisma badan.

Itulah dia info tentang daun sup & daun ketumbar yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Share.

Leave A Reply