13 Tempat Makan Best Western Di Bandar Saujana Putra, Selangor | Khalifah Media Networks – Korang yang tinggal area Bandar Saujana Putra tu, Jom tukar citarasa makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Bandar Saujana Putra ni.

1. PATMOS STEAK & CAFE – WESTERN

Anda dah pernah rasa masakan di Patmos Steak & Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri kesedapan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Patmos Steak & Cafe ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar gambar menu makanan western yang ada di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, ada banyak lagi menu masakan yang disajikan di Patmos Steak & Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : No.1 Jalan Harmoni 1A/KU3 Kristal Klang Commercial Centre, 41050 Klang, Selangor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Patmos Steak & Cafe. Boleh hubungi 017-239 9945 @ 018-373 4627 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Patmossteakcafe/

2. GANZO CAFE – WESTERN

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western area Bandar Saujana Putra, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Ganzo Cafe ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja restoran Ganzo Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di restoran Ganzo Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di restoran Ganzo Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No 7, SP 1/1, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor, atau boleh guna waze taip jer nama restoran Ganzo Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 03-5103 0786. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GanzoCafe/

3. PLANET WESTERN – WESTERN

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Bandar Saujana Putra, Selangor. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Planet Western. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Planet Western ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : NO 11-G, JALAN SP 5/2 BANDAR SAUJANA PUTRA, 42610 Jenjarom, Selangor. Atau boleh juga hubungi nombor 012-906 6853 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke Planet Western ni.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Planet-Western-Restaurant-399677747255522/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply