Inilah 8 Khasiat Kunyit Yang Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Rumah anda pasti mempunyai kunyit bukan? Ianya adalah antara benda wajib di dapur orang Malaysia.

Inilah 8 Khasiat Kunyit Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Tahukah anda kunyit dikenali sebagai ‘saffron India?’ Warnanya yang lebih kurang sama dengan saffron dan juga sifat kunyit yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Khasiat kunyit sebenarnya adalah terlalu banyak.

Lebih 5000 tahun yang lalu, kunyit telah lama digunakan di selatan India dan Indonesia serta di serata dunia!

Semestinya kunyit ini datang dengan khasiat yang sangat banyak. Bukankah seronok jika anda boleh nikmati makanan anda sambil menjaga kesihatan? Berikut merupakan 8 daripada kebaikan yang dapat anda temui dalam kunyit.

1 Mengurangkan Bengkak
Bengkak sering terjadi apabila badan anda sedang berlawan dengan virus dan jangkitan. Semestinya, bengkak ini boleh menjadi tidak selesa kepada anda dan boleh menyebabkan anda sakit.

Usah bimbang lagi kerana kunyit mampu melegakan kesakitan anda. Jangan terkejut jika kunyit diberikan kepada pesakit yang baru selesai pembedahan. Kunyit terbukti mampu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kesakitan.

2 Melawan Tanda Tanda Awal Penuaan
Jika anda bimbang akan muncul tanda tanda penuaan di badan anda, apa kata anda mula mengamalkan kunyit. Kunyit mempunyai anti oksiden yang hebat! Ia boleh membantu untuk memperlahankan pembentukan ultra violet (UV) dan lain lain yang boleh mendatangkan masalah kulit.

Masalah kulit ini lah yang akan mempercepatkan proses penuaan. Tapi jangan risau kerana dengan hanya menambah sedikit kunyit dalam diet harian anda, anda masih boleh kelihatan muda.

3 Membantu Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser
Dalam beberapa kajian yang dilakukan, curcumin yang merupakan salah satu bahan yang ada dalam kunyit menunjukkan bahawa kunyit boleh menghalang dan mematikan sel sel kanser. Kunyit yang anti karsinogen membuatkan ia sebagai penghalang bagi penyakit kanser ini.

Antara kanser yang bertindak balas kepada curcumin ini adalah kanser payudara, perut, usus dan kulit. Tetapi, bertanyalah kepada doktor anda jika anda mahu mengambil kunyit dalam menu seharian anda.

4 Melindungi Diri Daripada Penyakit Otak
Sekali lagi curcumin yang banyak terkandung di dalam kunyit boleh menyelamatkan anda. Penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington lebih mudah diubati dengan kunyit. Hanya letakkan secubit kunyt di dalam menu harian anda.

Curcumin memainkan peranan yang besar dalam mengurangkan jumlah neuron yang kurang berfungsi dan membantu untuk melawan radang otak.

5 Melawan Jangkitan Bakteria
Kunyit boleh membantu anda dalam melawan jangkitan bakteria di dalam badan kerana ia mempunyai komponen antimikro. Penyakit seperti demam, selsema dan sebagainya boleh diubati dengan mudah! Hanya tambah sahaja kunyit di dalam makanan anda. Selain itu, kunyit juga boleh meningkatkan sistem imun#isasi badan.

6 Menyokong Sistem Kesuburan Badan
Perempuan biasanya tidak akan terlepas daripada masalah masalah kesuburan. Penyakit seperti PCOS, Endoteriosis, Uterine Fibroids dan lain lain mungkin biasa didengari bgai mereka di luar sana. Kunyit boleh mengurangkan penyakit terutama masalah kesuburan.

Tidak lupa juga, kunyit boleh melindungi dan menyokong hati anda. Hati sangat penting untuk menghasilkan hormon yang stabil lebih lebih lagi hormon kesuburan seperti Estorgen, testosterone dan sebagainya. Maka, ayuh makan kunyit untuk hat#i yang sihat

7 Menstabilkan Sistem Hormon
Kunyit boleh menyembuhkan dan mengelakkan beberapa penyakit yang serius termasuklah penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, lupus, dan MS.

Tetapi,seperti biasa. Anda haruslah merujuk kepada pakar dahulu sebelum membuat keputusan. Sekiranya tiada apa apa kesan sampingan, anda bolehlah mengamalkan kunyit dalam makanan seharian anda.

Bukankah kunyit lebih sihat dan lebih elok daripada ubat ubatan? Mengapa perlu mencari yang sintetik sedangkan anda boleh mendapatkan yang asli dengan #lebih mudah.

8 Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan
Tahukah anda, curcumin yang disebutkan di atas tadi boleh menyekat pengumpulan lemak seumpama anda memakan pil pelangsingan badan. Secara tidak langsung, ini boleh membantu anda dalam menurunkan dan mengawal berat badan anda.

Hanya letakkan secubit kunyit di dalam makanan anda setiap hari dan nescaya anda akan mendapatkan berat badan yang anda idamkan selama ini.

Sebenarnya masih banyak lagi khasiat kunyit selain daripada yang dinyatakan. Cuba tambahkan kunyit serbuk di dalam sos, pencecah atau pun hanya letakkan dalam makanan bergoreng anda. Jika anda boleh tahan dengan rasa kunyit yang asli, makanlah kunyit bersama buah buahan dan sayur anda. Pastinya ia mempunyai khasiat yang lebih baik!

Ayuh bertukar daripada ubat ubatan kepada kunyit!

Demikian khasiat kunyit yang dapat kami kongsikan. Pasti sekarang ramai mula kagum dengan kehebatan kunit yang sentiada dalam dapur orang Malaysia.

Kami juga ada menulis beberapa artikel tentang khasiat sumber makanan yang lain. Semoga ianya turut bermanfaat.

Share.

Leave A Reply