(Ada Video) Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Network – Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan. Azan mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah Allah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya bagi bersama-sama menyembah serta mengabdikan diri kepadaNya. Sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.
Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam. Sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru. Agar bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.
Iqamat pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. Sesungguhnya azan yang dilaungkan di muka bumi ini dengan penuh keikhlasan akan sampai ke pendengaran penghuni langit.
Sudah kita ketahui bahawa menjadi imam dan muazzin itu memerlukan ilmu yang betul dari guru bertauliah yang telah kita belajar dan juga persediaan sebelum ibadah ini dijalankan. Nikmatnya menjadi muazzin itu hanya empunya sahaja yang tahu betapa nikmatnya melaungkan azan.
Terdapat beberapa kelebihan menjadi ‘bilal’ yang ramai tidak tahu. Ingin ketahui dengan lebih lanjut, tonton video di bawah untuk perkongsian selanjutnya..
Sumber: Youtube
Firdaus Wong Harap Solat Boleh Rapatkan Saf Macam Penyokong Duduk Rapat Di Stadium | Khalifah Media Network – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram. Tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan. Seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari.
Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya.
Baca selanjutnya Di Sini…