Kehidupan sebagai suami isteri sudah pasti ada pasang surutnya dan antara yang sering terjadi ialah perselisihan faham antara ibu mentua dan menantu.

Ibu Mentua 'Naik Hantu', Menantu Terpaksa Renovate Rumah. Ini PUNCANYA

Begitulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok apabila terpaksa berhadapan dengan ibu mentuanya.

Sikap ibu mentuanya yang sering mencari kesalahannya sehingga menyebabkan pergaduhan.

Wanita itu terpaksa membaik pulih rumahnya dek kerana sikap ibu mentua yang berkeras mahukan semula pintu yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini.

Tambahnya lagi, dia sebelum ini sudah menolak pemberian si ibu mentua kerana pintu itu tidak sesuai dengan rumahnya.

Namun, ibu mentuanya itu tetap memaksa supaya pintu itu dipasang juga.

“Ini adalah rumah aku yang terpaksa dibongkarkan kerana mentua suruh kembalikan pintu yang dia beri.

“Seluruh keluarga tahu bahawa dia memberi aku pintu itu.

“Dia paksa suruh pasang pintu itu di rumah aku sedangkan rumah aku tak sesuai pakai pintu itu.

“Dan sekarang dia bising-bising seperti aku yang minta pintu itu dan minta dikembalikan sekarang,” ujarnya.

Perkongsian video tersebut menerima 2.1 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, ada juga yang turut mengalami nasib sama.

Tetapi, ada juga yang turut bersyukur kerana dikurniakan ibu menantu baik dan memahami.

Ibu Mentua 'Naik Hantu', Menantu Terpaksa Renovate Rumah. Ini PUNCANYA

Ibu Mentua 'Naik Hantu', Menantu Terpaksa Renovate Rumah. Ini PUNCANYA

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply