Tambang feri ke pulau pelancongan Langkawi akan naik sehingga RM3.5 mulai esok ekoran kenaikan pelbagai kos operasi. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom telah mengeluatkan kenyataan di sini, hari ini. Katanya, penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama. Mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak. Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-kanak. Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah pada 15 Disember 2007…
Author: Admin Hanisah
Misteri bau busuk dari sebuah rumah yang berkunci di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini, membongkar penemuan mayat lelaki yang dipercayai sudah empat hari meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini. Katanya, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menerima makluman seorang lelaki meninggal dunia dalam rumah berkenaan. Berdasarkan keterangan abang lelaki berkenaan, dia terhidu bau busuk di depan rumah adiknya yang berusia 56 tahun itu ketika pulang dari kerja jam 7 pagi tadi. Saksi cuba menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tiada jawapan sebelum meminta…
Kehilangan ahli keluarga adalah satu kenyataan yang memeritkan bagi setiap insan yang bergelar manusia. Namun, kenyataan itu tetap perlu ‘ditelan’ dan reda dengan apa yang telah tertulis. Ia hakikat kehidupan yang tiada sesiapa pun mampu tepis. Namun, kata orang, ibu bapa yang kehilangan anak merupakan satu perasaan yang lebih memeritkan. Manakan tidak, sudah pasti harapan ibu dan ayah di dunia ini ingin melihat anak-anak mereka tumbuh dewasa dan menjadi insan yang berguna. Melihat buah hati mereka pergi sebelum mereka sememang meninggalkan kesan yang amat mendalam buat mereka yang bergelar ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak sempat melihat raut wajah…
Seorang doktor rakyat Malaysia telah dihantar pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual terhadap empat pesakitnya. David Kang Huat Lim berusia 46 disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius menggunakan Midazolam pada 2014. Keempat-empat mangsa memberitahu mahkamah, apabila sedar, mereka mendapati David Lim meraba bahagian sulit mereka. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan David Lim di sebuah klinik di Hastings. Susulan daripada itu, David Lim telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan dia telah diberikan perintah pengusiran semasa dipenjarakan. Dalam perbicaraan pada 26 Januari lalu, David Lim masih menafikan tuduhan terhadapnya. David…
Tindakan berani dua individu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam satu kebakaran rumah dipuji orang ramai. Menerusi satu hantaran di laman sosial babytiggerofficial memaparkan situasi dua lelaki sedang memanjat bumbung sebuah rumah yang sedang mengami kebakaran. Video berdurasi 51 saat, itu turut menunjukkan dua lelaki itu terpaksa memecahkan grill tingkap rumah tersebut. Mereka bertindak demikian bagi mengeluarkan dan menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam rumah tersebut. Rata-rata orang ramai memuji tindakan berani kedua-dua individu itu. “Ini Malaysia, seorang dalam masalah, orang lain akan tolong tidak siapa diri anda,” kata @Hemandy. “Alhamdulillah moga Allah permudahkan perjalanan hidupnya, dilimpahkanlah rezeki dunia…
Masalah mental dipercayai punca lelaki Myanmar tergamak mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter. Kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum terjun di tempat sama, pada Selasa. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memberi kenyataan berhubung kes ini ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu. Menurut Eng Lai, dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun maut di tempat kejadian. Manakala, seorang lagi mangsa yang dianggarkan berusia lima tahun kritikal. Ibu kanak-kanak berkenaan, warga Myanmar juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah dirakam keterangan pada Selasa. Hasil siasatan awal,…
Ribuan tin sardin bertaburan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas dan terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini. Kejadian sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara. Penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan. Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah…
Sembilan sekeluarga mengalami detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kapa, Tamparuli dirempuh sebuah lori 3 tan pagi Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kesemua sembilan sekeluarga yang berusia lingkungan 19 hingga 82 tahun berada di dalam rumah itu dan Namun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, seorang kelindan lori mengalami cedera parah manakala pemandu hanya mengalami cedera ringan. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu. Menurut kenyataan itu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.48 pagi. Seramai 18 orang anggota Bomba dan Penyelamat Tuaran dikerah ke…
Seorang lelaki warga emas dari Bihar, India dikenali kerana tabiatnya yang tidak mandi sejak 22 tahun lalu. Oddity Central melaporkan, semua orang terdekat tahu tabiat Dharamdev Ram tetapi tiada siapa yang mengejek atau mempersoalkannya. Sebaliknya, mereka menghormati keputusan lelaki berusia 62 tahun itu. Ram dikatakan sudah berikrar dan enggan mandi sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki, dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan. Oleh kerana masalah itu belum berakhir, Ram terus berpegang dengan ikrarnya itu. Pada 1975, lelaki itu bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal, dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun pada 1987,…
Hasrat pemuda berusia 26 tahun untuk mencari wang lebih dengan membuat kerja-kerja mengedar arak seludup akhirnya membawa padah. Kegiatan haram suspek telah terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 22 Julai lalu. Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad memberi kenyataan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Kastam Johor, di sini hari ini. Katanya, suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah Toyota Estima yang dipenuhi dengan 3,840 tin arak dipercayai diseludup. Suspek tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru dibawah Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 pada 27 Julai lalu dan sedang menanti perbicaraan. Dalam kejadian tersebut, pegawai…