Author: Admin Hanisah

Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Masjid Tanah cedera selepas van dinaiki terbabas ke dalam longkang berhampiran Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Sungai Udang, pagi tadi. Dalam kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 42 dan 23 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Pengarah APM Melaka, Lt. Kol (PA) Kamarulsyah Muslim, memberi kenyataan berhubung kejadian itu di sini, hari ini. Kemalangan berlaku ketika anggota terbabit dalam perjalanan ke pejabat selepas menghantar pegawai dan anggota di Akademi Latihan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) Sungai Udang. Laporan mengenai kemalangan diterima daripada Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah, Lt (PA)…

Read More

Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun sejak kelmarin terjawab apabila mangsa ditemui mati lemas di Sungai Plentong, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak telah memberikan kenyataan berhubung kejadian di sini, hari ini. Menurutnya, mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam. Semalam, pihaknya menerima laporan polis oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin. Ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, 29 Julai. Namun, pada…

Read More

Guru yang merupakan ibu kepada dua anak maut selepas terjatuh dari ketinggian 45 meter ketika mencari kolam viral di Snowdonia, Wales, lapor Mirror UK. Mangsa, Victoria, 47, seorang guru pendidikan khas pada awalnya tersesat sewaktu mencari kolam tersebut. Mangsa bersama pasangannya, Radnor serta dua orang lagi tersesat di sekitar Llanberis Pass. Pada awalnya, Radnor telah membawa mangsa lebih 160 kilometer dari rumah mereka di Wolverhampton ke Betws-y-Coed (kawasan lokasi kejadian) pada hujung minggu. Menurut Mirror, mereka menemui lokasi unik yang dikatakan sebagai ‘kolam infiniti’ itu di media sosial sebelum sama-sama berpakat untuk datang melihatnya sendiri di sana. Victoria melihat kolam…

Read More

Hari bahagia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidup. Itu yang berlaku kepada seorang wanita Tunisia yang ditinggalkan bakal suami pada majlis perkahwinannya. Ia selepas ibu kepada si lelaki mendakwa pengantin perempuan ‘hodoh dan pendek’. Daily Star melaporkan ibu kepada si lelaki hanya melihat gambar bakal menantunya itu, menjelang hari bersejarah itu. Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya itu buat kali pertama di majlis berkenaan. Ibu lelaki itu dilaporkan kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya. Dia kemudian mengarahkan anak lelakinya untuk menghentikan majlis itu serta-merta. Hal ini kerana, dia tidak boleh membenarkan…

Read More

Seorang lelaki warga emas dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini tidak pulang selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu. Mairan Basir, 66, kali terakhir dilihat  penduduk berada di sebuah kedai kopi tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang hari yang sama. Anak sulung lelaki itu, Noorsam Mairan, 42, berkata, dia semakin bimbang kerana lebih seminggu bapanya tidak pulang. Sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang atau tidak pulang walaupun mengalami masalah kesihatan. Biasanya walaupun bapanya keluar rumah untuk minum di kedai, dia tetap pulang. Bapanya mengalami masalah tidak boleh bertutur dengan betul…

Read More

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan di Dewan Rakyat sebentar tadi. Ia diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas pengundian belah bahagi dijalankan. Sejumlah 209 ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan yang antara lain boleh menyebabkan seseorang ahli Parlimen hilang kerusi dimenanginya jika wakil rakyat itu bertukar parti. Sebanyak 11 orang ahli Parlimen tidak hadir manakala 54 orang terbabit dalam perbahasan selama dua hari itu. Sumber: Harian Metro

Read More

Remaja 15 tahun didakwa telah dikurung dan dipukul hingga mati oleh tiga orang gurunya selepas dituduh mencuri seutas jam tangan, lapor NDTV. Mangsa dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kanpur dan mayatnya telah dihantar untuk bedah siasat. Superitendan Kunwar Anwar Singah berkata bahawa pihak polis sedang menyiasat sekiranya serangan tersebut menjadi perhatian. Maka, tindakan tegas akan diambil terhadap tertuduh. Mangsa berasal dari Kasava Chowki telah mendaftar ke RS Inter College pada 23 Julai lalu untuk kemasukan ke Kelas IX. Bapa mangsa turut mendakwa salah seorang gurunya telah menghubungi mangsa dan menuduhnya mencuri jam tangan. Selepas tuduhan melulu itu dibuat,…

Read More

Seorang penganggur di sebuah kampung di daerah Kuala Nerus ditahan pada Isnin lalu selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 10 tahun. Menurut Harian Metro, perbuatan keji suspek berusia 40 tahun itu terbongkar selepas salah seorang guru mangsa yang menerima maklumat berhubung kejadian tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, Kuala Nerus. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak setahun yang lalu. Suspek turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos depan…

Read More

Dua maut manakala dua lagi mangsa terselamat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh di sini hari ini. Berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah treler. Mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Tan Wee Li, 39, dari Cheras, Kuala Lumpur dan Nur Susilawati Che Deraman, 35, dari Sungai Lembing, Kuantan. Pemandu dan penumpang treler terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria telah memberi kenyataan berhubung insiden ini.…

Read More

Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun. Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini. Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun. Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama. Sumber: Kosmo

Read More