Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dalam kejadian di Sungai Siput semalam.

Bayi maut dipercayai didera rakan serumah ibu

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas dia dibawa ibunya ke Hospital Sungai Siput pada awal pagi setelah didapati tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa.

Mior Faridalathrash berkata demikian ketika ditemui pada Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Pulau Pangkor di sini hari ini.

Menurut beliau, berikutan kematian bayi tersebut, ibu mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa yang merupakan anak tunggal itu tinggal bersama ibunya selepas wanita itu bercerai enam bulan lalu.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply