Author: Admin Hanisah

Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh, India. Menurut Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ daripada rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku. Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor telah mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal. Pihak polis di Narkhi menyatakan bahawa kemalangan maut itu telah melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya. Menurut saksi di tempat kejadian, dia mendakwa…

Read More

Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu. Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu. Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu. Isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36 berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena. Kali terakhir dia bertemu suaminya…

Read More

Seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Eropah terkejut apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan dalam kapal terbang. Menerusi laporan The Sun, penerbangan itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Ankara, Turki. Ketika bertugas, pramugara terbabit sempat merakam ‘objek’ seram itu dan berkongsi video tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan respon segara daripada pihak syarikat penerbangan. Ketika dia ingin membuka hidangan makanan tengah hari, alangkah terkejutnya apabila melihat kepala ular sedang merenung tepat ke arahnya. Difahamkan, kes seperti itu pernah terjadi kepada kakitangan yang lain sebelum ini. Lebih mengejutkan lagi apabila kakitangan sebelum ini…

Read More

Berpantang maut sebelum ajal, itulah situasi cemas yang dilalui seorang warga emas apabila keretanya diseret dengan treler. Kereta Toyota Camry yang dipandunya bertembung sebelum diseret sebuah treler dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, di sini tengah hari semalam. Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Wang Ah Fook, 66, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan luka tangan dan bahagian kening. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Johor Bahru. Setiba di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah treler yang dipandu seorang pemuda berusia 28 tahun. Treler itu disyaki hilang…

Read More

Polis telah menahan seorang pelancong tempatan yang berkelakuan tidak senonoh apabila aksinya telah tular di media sosial. Lelaki itu didapati duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV) di pulau pelancongan ini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari telah memberi kenyataan berhubung kes ini di sini hari ini. Katanya, lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 petang sebaik tiba di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini kelmarin. Suspek telah direman bermula semalam selama tiga hari. Siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di…

Read More

Seorang bekas penternak babi telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan minimum 18 tahun penjara. Dia dijatuhi hukuman kerana membunuh dan membuang mayat isterinya dalam lubang kumbahan 40 tahun lalu di Kempsey, United Kingdom. Menurut Daily Mail, David Venables, 89, boleh memohon parol pada usianya 107 tahun selepas dia didapati bersalah membunuh Brenda Venables pada 1982. Ketika hukuman dijatuhkan, warga emas itu tidak memberikan sebarang reaksi. Namun hadirin yang ada di ruang mahkamah mendengar lelaki itu berkata ‘tidak’ ketika dibawa ke lokap selepas hukuman dijatuhkan. Pesara itu dikatakan ada menjalinkan hubungan sulit ketika dia membunuh isterinya di rumah ladang mereka.…

Read More

Seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri. Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, kebanyakan yang berlumba adalah sekadar untuk suka-suka dan hanya untuk keseronokan semata-mata. Katanya, budak-budak sekarang berlumba, buang brek, tak pasang lampu malam, meniarap atas motosikal. Katanya lagi, itu semua haram dan seperti bunuh diri, terus masuk neraka. Azhar berkata, berbeza pula dengan mereka yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh. Tambah beliau, setiap permainan yang bukan sunnah adalah makruh. Namun jelasnya lagi, kebanyakan…

Read More

Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, sepatutnya bernikah dengan tunangnya bulan ini. Bapa saudara Allahyarham, Azuni Abd Kadir, 47, berkata anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hatinya sebelum kejadian malang itu berlaku. Katanya, majlis pernikahan Allahyarham pada awalnya dijadualkan berlangsung Januari lalu. Namun, bapa tunangan Allahyarham baharu meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangannya. Oleh itu, keluarga sepakat menunda majlis pernikahannya pada bulan ini. Bagaimanapun, takdir Allah mengatasi segala perancangan apabila Allahyarham tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan 29 Oktober tahun lalu. “Allahyarham sepatutnya bernikah bulan ini,” katanya ketika dihubungi. Kisah kehilangan…

Read More

Rakaman video memaparkan lelaki Indonesia menadah tangan ke langit meminta malaikat Jibril menurunkan wang menjadi tular di media sosial, lapor laman Berita Majalengka, semalam. Dalam video yang disiarkan di Facebook Viral 20c, lelaki itu menadah tangan, melafazkan pujian lantas meminta Jibril menurunkan wang dari langit. Jibril ialah malaikat suruhan Allah S.W.T yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah tapak pembinaan masjid tiga tingkat dan pelakunya berada di puncak bangunan. Katanya, tempat yang dilawati itu merupakan kawasan suci yang belum diterokai oleh Youtuber, penjaga keramat dan dirinya sendiri. Setelah sampai di puncak masjid, terdapat seorang…

Read More

Lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam. Mereka dipercayai dalam perjalanan  ke Sungai Dua, Butterworth untuk menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia. Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Rodhi Othman, 58, Ahmad Khomaini Abu, 30-an, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd. Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5. Sebelum itu, mereka baru sahaja selesai menghantar ahli keluarga mereka mendaftar masuk di salah sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam. Anak sulung Mohd Rodhi, Mohammad Firdaus, 35, berkata, arwah bapa, ibu, adik perempuan, adik…

Read More