Tular dua video memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dibelasah penduduk kampung kerana didakwa mencuri getah sekerap dalam kejadian di Kuala Nerang, dekat sini.

Lelaki Dibelasah Serta Motosikal Dibakar. Rupanya Ini PUNCA Sebenar

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki yang berlumuran darah di kepala.

Manakala, satu lagi video juga berdurasi 30 saat menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar telah memberi kenyataan mengenai kejadian ini pada Selasa.

Katanya, pihak polis telah mengesan dua video berkaitan kejadian yang tular itu kira-kira jam 2.26 petang, Selasa.

Video dimuat naik seorang pemilik Twitter itu memaparkan kejadian seorang lelaki dibelasah akibat mencuri hasil kebun getah milik individu lain.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.10 malam pada Isnin di tepi jalan Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.

Selain itu, satu laporan polis telah diterima bersabit kes curi tersebut.

Suspek telah diserahkan orang awam kepada pihak polis dalam keadaan cedera di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, suspek juga telah dirujuk kepada pihak hospital disebabkan kecederaan dialami.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam perkembangan sama, Mulkiaman memberitahu, pihak polis turut menerima dua laporan polis berkaitan kes yang ditularkan.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Manakala, satu lagi dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Beliau menasihatkan orang ramai dan masyarakat setempat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan menyebarkannya kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply