Author: Admin Hanisah

Tindakan seorang bapa berlari ke arah anaknya yang rebah sewaktu berkawad serta membantunya supaya kekal berdiri meruntun hati pengguna laman sosial yang terharu melihat situasi tersebut. Kejadian itu berlaku pagi tadi di Maktab Penjara Kajang sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Beberapa gambar tular di media sosial dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menerusi hantaran beliau, Alexander berkata, bapa tersebut berlari dari khemah tetamu ke arah anaknya yang rebah menahan terik matahari. Malah, selipar yang dipakai warga emas tersebut turut terlucut. Katanya, yang hadir…

Read More

Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas akan diberikan taklimat secara tertutup berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu pada jam 8.30 malam ini di sebuah hotel di ibu negara. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengakui menerima surat jemputan hadiri taklimat malam ini, namun tidak dapat dikongsi kerana ia dicop sebagai rahsia. Taklimat tersebut menyusul selepas beberapa hari persidangan Dewan Rakyat kecoh susulan usul membahaskan tuntutan waris Sultan Sulu ditolak. “Semalam, saya percaya semua Ahli Parlimen di blok pembangkang dan Bebas telah menerima satu ‘surat cinta’ daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). “Tetapi saya tidak boleh dedahkan kepada rakan wartawan kerana…

Read More

Kementerian Kesihatan sedang memperhalusi produk-produk┬áketum yang sesuai untuk didaftarkan di negara ini. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sama seperti produk cannabidiol (CBD), produk ketum hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan. Katanya, beliau dilantik oleh jemaah menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi tujuan perubatan untuk melihat bukti terkini berkenaan ketum dan kanabis. Selepas jawatan kuasa mendapat pandangan pakar-pakar sama ada ketum atau kanabis boleh digunakan dengan selamat untuk tujuan perubatan. Maka, kerangka bagi pendaftaran produk-produk sedemikian akan dikeluarkan. Ini juga memberi kesan kepada penanam-penanam ketum yang mungkin boleh mendapatkan hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka.…

Read More

Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas videonya tular menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 129.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Sungai Dua di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad telah memberi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, pihaknya menerusi maklumat orang awam telah mengesan video tular tersebut di laman sosial Facebook. Menurutnya, pihak penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mendapati pemandu kenderaan jenis Hilux terbabit didapati menggunakan lorong kecemasan bermula dari Sungai Dua ke arah Bertam, Kepala Batas. Butiran pemilik dan jenis kenderaan…

Read More

Sejak seminggu lalu, lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, di sini diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah. Ketukan serta dentuman kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya. Malah, kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat. Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating. Seorang penduduk Kampung Belimbing, Jasmi Awang [email protected], 66, telah berkongsi mengenainya ketika ditemui di sini, hari ini. Katanya, rumahnya diganggu dengan ketukan kuat selama dua hari berturut-turut sejak dua malam lalu. Kira-kira…

Read More

Seorang kakitangan perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler. Kejadian itu dipercayai berlaku semalam di Kilometer 451.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan. Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 7.20 pagi ketika mangsa, Ahmad Norhakim Ruslan, 30, tahun yang menunggang Kawasaki ER250-C dalam perjalanan ke tempat kerja dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar telah memberi kenyataan berhubung insiden ini. Menurutnya, hasil siastan awal, kejadian berlaku apabila treler yang dipandu di lorong paling kiri membrek. Lalu, pemandu mengubah haluan ke…

Read More

Remaja 14 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol penceramah bebas bergelar ustaz dikatakan teruja untuk keluar berjalan-jalan dengan individu terkenal sebelum diperdayakan. Pengguna aplikasi TikTok yang mendakwa mengenali mangsa dan keluarganya memberitahu, perkenalan remaja tersebut dengan ustaz berkenaan bermula dengan pertanyaan soalan berkaitan agama. Bagaimanapun, kemudian, hubungan mereka menjadi akrab selepas saling bertukar nombor telefon dan diajak keluar untuk makan bersama. Katanya, budak mentah seperti mangsa sudah tentu berasa seronok apabila diajak keluar bersama individu yang terkenal. Wanita berkenaan turut menyentuh mengenai laporan yang mendakwa suspek dan mangsa sudah beberapa kali melakukan hubungan intim. Pemilik akaun TikTok @qayqay mendakwa, remaja…

Read More

Tular dua video memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dibelasah penduduk kampung kerana didakwa mencuri getah sekerap dalam kejadian di Kuala Nerang, dekat sini. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki yang berlumuran darah di kepala. Manakala, satu lagi video juga berdurasi 30 saat menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar telah memberi kenyataan mengenai kejadian ini pada Selasa. Katanya, pihak polis telah mengesan dua video berkaitan kejadian yang tular itu kira-kira jam 2.26 petang, Selasa. Video dimuat naik seorang pemilik Twitter itu memaparkan kejadian seorang lelaki dibelasah akibat mencuri hasil…

Read More

Guru lelaki meninggal dunia di hospital selepas Perodua Bezza dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuala Nerang – Kampung Sungai Kap, di sini, semalam. Mangsa, 35 meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar memberi kenyataan berhubung insiden ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, kejadian berlaku jam 8 pagi semalam membabitkan Perodua Bezza serta Nissan Almera. Perodua Bezza dipandu mangsa sementara Nissan Almera pula dipandu seorang lelaki bersama penumpang wanita. Siasatan awal mendapati guru lelaki terbabit dalam perjalanan dari rumahnya di kawasan…

Read More

Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyimbah cat berwarna hitam dan merah ke arah papan tanda restoran Crackhouse Comedy Club yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini awal pagi kelmarin. Difahamkan, tindakan dua individu tersebut menyebabkan cat hitam turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini. Katanya, polis menerima laporan daripada pekerja serta pemilik kedua-dua premis berkenaan awal pagi kelmarin. Susulan itu, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah mendapati dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Waja. Suspek telah membaling…

Read More