Seorang lelaki terpaksa meninggalkan teman wanitanya di tepi jalan selepas dia ditahan penguat kuasa dalam sekatan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, malam tadi.

Tinggal Kekasih Tepi Jalan Selepas Kena 'Angkut'. Ini PUNCA Sebenar

Lelaki berusia 28 tahun itu antara enam individu yang ditahan selepas saringan ujian air kencing dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif memberi kenyataan dalam sidang akhbar selepas tamat operasi di sini, malam tadi.

Menurutnya, operasi selama empat jam berakhir pukul 12 tengah malam itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 920 buah kenderaan telah diperiksa.

50 individu termasuk pemandu dan penumpang diarahkan untuk membuat saringan air kencing.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 332 buah kenderaan telah dikenakan tindakan saman.

Manakala, enam individu ditahan oleh penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri selepas dikesan positif dadah.

Turut ditahan sebuah kereta dinaiki sepasang kekasih dan pemandu lelaki berusia 28 tahun itu didapati positif ganja, manakala teman wanitanya negatif,” katanya

Pemerhatian pemberita di lokasi mendapati, teman wanita lelaki itu turut merayu kepada penguat kuasa untuk melepaskan kekasihnya.

Wanita itu merayu dengan alasan tidak mempunyai kenderaan pulang ke rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah.

Wanita dalam lingkungan usia 30-an itu dilihat terus berlegar di lokasi sehingga operasi tamat pada pukul 12 tengah malam.

Malah, wanita itu juga cuba meminta beberapa penguat kuasa untuk menghantarnya pulang.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply