Author: Admin Hanisah

Mangsa kelima kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, meninggal dunia, 2.15 petang, hari ini. Mangsa, Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). Pada masa ini, ahli keluarga sedang berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat. Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, ketika ditemui berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya. Dalam kejadian awal pagi kelmarin, empat maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan termasuk kereta. Tiga mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau…

Read More

Seorang pelajar darjah lima dari daerah Satuek, Thailand menarik perhatian orang ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiri ke sekolah dengan menunggang gajah untuk menjimatkan kos bahan api, minyak petrol. Wisanchol Yongram, 38 tahun telah mengesahkan laporan bahawa anak perempuannya, Pupae yang berusia 11 tahun menunggang gajah jantan yang berusia 25 tahun bernama Oleh ke sekolah menerusi video tular dimuat naik oleh @Ole FcThailand. Selain itu, Encik Wisanchol juga berkata di rumahnya mempunyai empat ekor gajah termasuk Oleh. Mereka turut mempunyai seekor lembu berusia 22 tahun yang diberi nama Wassan dan dua anak lembu, Ngamchok yang berusia empat tahun dan Ngamta…

Read More

Penganggur berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya. Tertuduh didakwa membunuh ibunya di rumah mereka di Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini pada 5 Julai lalu. Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibunya, Roziah Md. Dom yang berusia 64 tahun. Kejadian berlaku di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang, 5 Julai lalu. Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di…

Read More

Dua maut manakala empat cedera selepas Perodua Myvi dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang pada kejadian di Jalan Tungku Makuau di sini, jam 6 pagi tadi. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan perubatan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memberi kenyataan berhubung insiden tersebut. Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.15 pagi sebelum sembilan anggota bersama jentera dikerah ke lokasi. Tiba di lokasi, bomba mendapati Perodua Myvi itu berada dalam keadaan terbalik di dalam longkang di tepi jalan berkenaan. Empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh…

Read More

Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang. Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka. “Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. “Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL. Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang. Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak…

Read More

Viral di media sosial satu hantaran mengenai seorang influencer yang ditahan polis selepas didapati memandu tanpa lesen sah di ibu negara. Menurut posting tersebut, influencer berkenaan ditahan pihak polis ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, semalam. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, pihak polis telah mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan. Hasil pemeriksaan dilakukan, pihak polis mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Justeru, pihak polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan. Meskipun nama influencer tersebut tidak didedahkan, rata-rata netizen menyatakan…

Read More

Sepasang kekasih menyatakan bahawa mereka menemui pisang terbesar di dunia yang dianggarkan mempunyai berat mencecah 3 kilogram, lapor akhbar Metro UK semalam. Menurut mereka, pisang itu memiliki panjang 35.56 sentimeter. Gabriella Testa, 22, dan teman lelakinya, Ollie Porceddu, 25, perlukan masa dua hari untuk menghabiskan pisang tersebut. Pasangan itu dalam percutian di Borneo apabila mereka menemui buah raksasa tersebut. Menurut Porceddu, panjang pisang itu menyamai lengannya. Pisang bersaiz biasa mempunyai panjang sekitar 20 sentimeter dan berat kira-kira 120 gram sahaja. Apabila mula-mula melihat pisang itu, mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain. Menurut mereka, pisang besar itu mempunyai rasa…

Read More

Isteri kepada seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditembak di depan rumah sendiri di Jalan Cemara, Banyumanik, Semarang, hari ini. Kejadian berlaku selepas mangsa baru pulang mengambil anaknya di sekolah, lapor Suara.com. Wanita itu mengalami kecederaan akibat ditembak dan kini dirawat di hospital. Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa ditembak oleh individu tidak dikenali. Seorang saksi berkata, dia melihat dua suspek menaiki motosikal berwarna hijau. Mangsa baru selesai mengambil anaknya di sekolah dan tiba-tiba ada bunyi tembakan di depan rumah. Suspek terus melarikan diri dan saya menjerit meminta pertolongan. Sumber: Utusan Malaysia

Read More

Kebiasaannya, jika sebut Pahang pasti ramai orang tahu tentang Cameron Highlands serta Genting Highlands namun terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ramai orang tidak sedari selama ini. Ini antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga, rakan serta orang tersayang. 1. Taman Negara Taman Negara Pahang ini dikategorikan antara hutan simpan paling tua di dunia iaitu lebih kurang 130 juta tahun. Taman Negara ini terletak di Kuala Tahan serta berdekatan dengan Bandar Jerantut. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling yang terletak lebih kurang 16 km. Dari Jeti Kuala Tembeling, pelawat akan menaiki bot…

Read More

Disebalik kesibukan kota serta bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur, tak sangka terselit tempat menarik untuk golongan yang meminati fotografi. Tempat seni ini mempunyai tarikan tersendiri malah percuma untuk dilawati oleh semua pengunjung. Tempat ini diberi nama Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang terletak di 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi, Lalaport ini dibina di atas tapak penjara terkenal iaitu Penjara Pudu malah pintu masuk penjara itu juga masih dikekalkan. Lalaport merupakan pusat membeli-belah yang berasal dari Jepun serta menampilkan pelbagai jenama terkemuka dari Jepun. Selain itu, pengunjung boleh bersantai di Central Rooftop…

Read More