Presiden Gotabaya Rajapaksa telah meninggalkan Sri Lanka, demikian menurut seorang pegawai tinggi keselamatan, sejurus sebelum beliau dijadualkan meletak jawatan secara rasmi hari ini.

Presiden Sri Lanka 'Cabut Lari' Ke Maldives Selepas Kediaman 'Dirampas' Rakyat!

CNN melaporkan pegawai berkenaan berkata, Rajapaksa dan isterinya menaiki pesawat pengangkutĀ  AN32 milik Tentera Udara Sri Lanka menuju ke bandar Male di kepulauan Maldives.

Menurut CNN, menara kawalan udara Maldives membenarkan pesawat itu mendarat hanya selepas menerima campur tangan daripada Speaker Parlimen Maldives yang juga bekas presidennya, Mohamed Nasheed.

Rajapaksa sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Sri Lanka sekurang-kurangnya untuk dua kali kelmarin.

Ini susulan beliau enggan beratur seperti orang awam lain di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, kata sumber tentera kepada CNN.

Beberapa pembantu Rajapaksa tiba di lapangan terbang berkenaan di Colombo kelmarin.

Mereka turut membawa 15 pasport milik beliau dan ahli keluarganya termasuk Wanita Pertama Sri Lanka, Ioma Rajapaksa.

Ioma telah menempah sejumlah tempat duduk dalam sebuah penerbanganĀ  Sri Lankan Airlines menuju ke Dubai pukul 6.25 petang (waktu tempatan).

Pegawai-pegawai imigresen enggan memproses pasport yang diberikan kepada mereka kerana Rajapaksa dan keluarganya tidak hadir sendiri untuk pemeriksaan.

Akhirnya pesawat tersebut berlepas tanpa Rajapaksa dan keluarganya.

Satu lagi cubaan dilakukan untuk meletakkan keluarga Rajapaksa di dalam sebuah penerbangan Etihad yang dijadual meninggalkan Colombo menuju ke Abu Dhabi pada pukul 9.20 malam (waktu tempatan).

Namun, pegawai imigresen turut enggan memproses pasport kerana mereka tidak hadir untuk pemeriksaan.

Rajapaksa dituduh terlibat dalam rasuah dan penyelewengan ekonomi sehingga menyebabkan Sri Lanka muflis.

Malah, insiden tersebut turut mencetuskan krisis kewangan terburuk sejak kemerdekaan negara itu.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply