Kemalangan membabitkan enam kenderaan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan di sini semalam dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70. Pemandu Proton X70 tersebut dikatakan tertekan pedal minyak akibat terlelap. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.04 petang itu, pemandu SUV berusia 32 tahun dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan. Manakala, tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan telah memberikan kenyataan berhubung kejadian ini. Kejadian dipercayai berlaku apabila SUV Proton X70 dipandu seorang wanita merempuh belakang kereta Perodua Axia. Perodua Axia itu dipercayai sedang menunggu giliran untuk…
Author: Admin Hanisah
Siasatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di pencawang masuk utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor. TNB memaklumkan pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada pukul 3.02 petang. Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB. Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12:39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di PMU Yong Peng North di Yong Peng,…
Seorang lelaki maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 5, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Tajin di sini malam semalam. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa, Mohd. Ruzaini Daraman, 55, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah dan tersepit di tempat duduk. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud memberikan kenyataan berkenaan insiden ini. Kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dipandu mangsa bersama dua penumpang dengan sebuah Perodua Aruz dinaiki empat sekeluarga. Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kuala Berang…
Seorang bapa menembak mati anak sendiri yang cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor laman berita Thaiger semalam. Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan selaras senapang patah untuk menembak anaknya yang merupakan penagih tegar, Adisak kelmarin. Ketika kejadian, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka Ruangrit di daerah Sichon, Thailand. Ruangrit yang berkhidmat sebagai penolong ketua kampung berkata, dia bertindak demikian untuk mempertahankan diri. Tambahnya lagi, anaknya sudah lama mengalami masalah ketagihan dadah. Dia juga memberitahu pernah diserang mangsa sebanyak beberapa kali sebelum ini dan pernah dirawat di hospital. Ahad lalu, mangsa sekali lagi bertindak ganas…
Pelakon, Azhar Sulaiman, 51, mengakui anak perempuannya, Kasih Iris Leona suka berpakaian seksi walaupun dia melarangnya. Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami dalam satu hantaran di media sosial berkata, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka. Namun, dia bersyukur memiliki anak seperti Kasih Iris. Baru-baru ini, gambar Kasih Iris yang berpakaian seakan berkemban tular dan menjadi perbualan hangat netizen. “You name it lah (Anda beritahulah) segala ‘problem’ (masalah) yang seorang anak boleh conteng arang kat ‘parents’ (ibu bapa) dia. “Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak…
Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya. Menerusi petikan laporan Mirror UK, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe. Daniel meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter. Malah, ketika itu, pili air juga masih terbuka. Bercerita mengenai insiden itu, Daniel mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia. Selepas itu, dia merokok sambil melayari Facebook…
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dalam kejadian di Sungai Siput semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas dia dibawa ibunya ke Hospital Sungai Siput pada awal pagi setelah didapati tidak sedarkan diri. Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa. Mior Faridalathrash…
Kasih hingga ke akhir hayat, remaja terkorban lepas nekad cuba selamatkan ibu lemas di pantai ketika kutip plastik. Remaja perempuan 18 tahun dilapor terkorban selepas menyelamatkan ibunya daripada lemas di sebuah pantai di Balikpapan, Kalimantan Timur. Menurut Detik.com, video tular di media sosial memaparkan remaja tersebut nekad berenang di lautan bagi membantu ibunya yang ‘ditarik ombak’. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Balikpapan Selatan, Iptu Hendri Saragih berkata mangsa berusaha untuk menyelamatkan ibunya namun dia pula yang dihanyutkan dan ditemui mati. Menurutnya, mangsa cuba menyelamatkan ibunya yang ditarik ombak, kebetulan ketika itu airnya tinggi, akhirnya mangsa dihanyutkan dan ditemui mati. Jelasnya lagi,…
Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh, India. Menurut Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ daripada rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku. Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor telah mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal. Pihak polis di Narkhi menyatakan bahawa kemalangan maut itu telah melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya. Menurut saksi di tempat kejadian, dia mendakwa…
Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu. Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu. Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu. Isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36 berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena. Kali terakhir dia bertemu suaminya…