Kementerian Kesihatan sedang memperhalusi produk-produk ketum yang sesuai untuk didaftarkan di negara ini.

Produk Ketum Bakal Diluluskan?? Ini Jawapan KJ

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sama seperti produk cannabidiol (CBD), produk ketum hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan.

Katanya, beliau dilantik oleh jemaah menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi tujuan perubatan untuk melihat bukti terkini berkenaan ketum dan kanabis.

Selepas jawatan kuasa mendapat pandangan pakar-pakar sama ada ketum atau kanabis boleh digunakan dengan selamat untuk tujuan perubatan.

Maka, kerangka bagi pendaftaran produk-produk sedemikian akan dikeluarkan.

Ini juga memberi kesan kepada penanam-penanam ketum yang mungkin boleh mendapatkan hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) mengenai status ketum sama ada ia dapat diluluskan dan produk ketum dapat dijual di masa akan datang.

Tambahnya, isu ketum akan mula diteliti lebih lanjut dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum yang akan diadakan pada 25 Julai ini.

Beliau memberi bayangan bahawa untuk ketum, mereka masih lagi melihat kepada bukti.

Kemungkinan besar mereka akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk-produk berkaitan CBD menjelang akhir tahun ini.

Hal ini supaya dapat dipertimbangkan pendaftarannya dan penggunaan untuk penyakit tertentu pada tahun depan.

Namun, beliau menegaskan, kelulusan produk ketum tertakluk kepada hasil ujian klinikal.

Cara paling selamat ialah melalui ujian klinikal dan penyelidikan klinikal.

Hal ini supaya tidak ada mudarat yang datang daripada penggunaan ketum atau kanabis dalam perubatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply