Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas videonya tular menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 129.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Sungai Dua di sini semalam.

Tular Hilux Guna Lorong Kecemasan. Ini PADAHNYA

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad telah memberi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menerusi maklumat orang awam telah mengesan video tular tersebut di laman sosial Facebook.

Menurutnya, pihak penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mendapati pemandu kenderaan jenis Hilux terbabit didapati menggunakan lorong kecemasan bermula dari Sungai Dua ke arah Bertam, Kepala Batas.

Butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut telah dikenal pasti.

Manakala, individu yang terlibat telah dipanggil bagi membantu siasatan pihak polis.

Justeru, seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada pukul 9 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Saman ke atas pemandu terbabit telah dikeluarkan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Justeru tambahnya, orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas sedia ada.

Hal ini bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan demi menjaga kepentingan awam.

Terdahulu, telah tular dalam media sosial rakaman video berdurasi satu minit lima puluh saat.

Video itu memaparkan kenderaan pacuan empat roda berwarna putih menggunakan laluan kecemasan ketika kesesakan jalan raya berlaku di lokasi terbabit.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply