Lebih 500 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sekitar bandar raya ini ‘tenggelam’ dalam banjir kilat di Johor Bahru. Banjir kilat itu melanda pusat bandar raya ini hanya dalam tempoh kira-kira satu jam selepas hujan lebat sejak pukul 12.30 tengah hari tadi. Banjir kilat didapati berlaku di beberapa kawasan utama dinaiki air antaranya Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Kampung Mohd. Amin, Jalan Kolam Ayer, Jalan Mahmoodiah dan Jalan Tun Abdul Razak. Tinjauan telah dilakukan di kawasan letak kenderaan berbayar di Jalan Ayer Molek, di sini. Tinjauan mendapati lebih daripada 150 buah kenderaan telah tenggelam…
Author: Admin Hanisah
Sindrom Werewolf merupakan keadaan pertumbuhan bulu yang berlebihan secara luar biasa pada bahagian tubuh seseorang individu. Penyakit ini juga jarang ditemui dalam kalangan masyarakat dan hanya terjadi kira-kira satu dalam 1 billion orang. Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah telah memuat naik sebuah video. Video itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit Sindrom Werewolf ini. “Semoga Allah memberi ku umur yang panjang supaya boleh melihat awak mmbesar dengan sihat. “InshaAllah, ada hikmah ada sebab mengapa Allah temukan kita sayang. “Jangan pernah merasakan orang membencimu kerana aunty ada untuk kamu,” luah Rabiatul dalam video tersebut. Difahamkan, Rabiatul…
Suasana hiba menyusuri perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), awal pagi ini. Susulan ketibaan waris terdekat mangsa maut dalam nahas kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini. Ketibaan waris terdekat Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, iaitu isteri, anak Allahyarham. Mereka tiba dengan menaiki kereta dipandu anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kira-kira jam 1.25 pagi tadi, waris mangsa disambut kira-kira 20 individu terdiri dari saudara-mara serta kenalan rapat di perkarangan jabatan berkenaan. Mereka difahamkan berlepas dari Semenyih, Selangor selepas dimaklumkan mengenai insiden nahas terbabit. Keluarga…
Pesawat ringan yang terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini semalam, dilihat terbang terlalu rendah sebelum melanggar tiang lampu. Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata, dia terkejut dan panik melihat pesawat itu dalam keadaan sedemikian seolah-olah mahu terhempas. Malah katanya, enjin pesawat tersebut juga mengeluarkan bunyi yang pelik ketika dilihat sekitar pukul 8 malam. Ketika kejadian, dia baru selesai mengisi minyak motosikal di stesen minyak berhampiran. Kemudian, dia terkejut melihat sebuah pesawat yang terbang pada paras yang terlalu rendah. Dia segera membuat pusingan U untuk melihat arah pesawat itu pergi. Dia terkejut…
Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini semalam. Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah. Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini ketika ditemui di sini semalam. Pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis Piper 28 yang terhempas di lokasi kejadian.…
Polis Kerian menahan tiga orang lelaki dalam dua serbuan berasingan kerana disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian di kawasan Tanjung Piandang di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut hari ini. Katanya, serbuan itu dilakukan ekoran susulan satu klip video tular di laman sosial yang memaparkan terdapatnya aktiviti judi dalam talian. Susulan video yang tular itu, polis Perak dan Kerian telah melakukan serbuan ke atas dua lokasi yang disyaki di kawasan tersebut. Serbuan pertama telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun. Manakala, dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 32 tahun berjaya ditahan…
Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di sini, Khamis lalu akhirnya ditahan polis. Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, memberi kenyataan berhubung kes ini pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK. Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah.…
“Jaga solat dan jangan lupa nilai murni dalam diri,” itu antara pesanan yang dititipkan Chee Hoi Lan, 84, atau dipanggil ‘laoshi’ kepada anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22. Pesanan itu dititipkan sebaik sahaja gadis itu bergelar mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kata Hoi Lan, dia berasa sangat gembira apabila anak angkatnya yang dijaga sejak berusia dua bulan itu berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Katanya, dia gembira Rohana menyambung pelajaran di UTeM, memang berat hati hendak berpisah tetapi demi masa depannya dia relakan juga. Tambahnya lagi, sebagai manusia, jangan lupa nilai murni atau moral serta sentiasa menjaga solat. Dia juga…
Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan perlumbaan basikal berlaku pada Sukan Komanwel 2022 ketika saingan scratch lelaki 15 kilometer, hari ini. Pelumba England, Matt Walls melanggar penghadang dan terjatuh di atas penonton ketika beraksi dalam saingan tersebut. Juara Olimpik acara omnium itu diberi rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Insiden ngeri di Lee Valley VeloPark itu turut mendatangkan kecederaan kepada penonton selepas Walls dan basikalnya melepasi penghadang di selekoh velodrom. Walls cuba mengelak pelumba New Zealand, George Jackson dan Josh Duffy dari Australia yang terjatuh di depannya hingga memaksa dia melanggar penghadang. Dua lagi pelumba, Matt Bostock…
Dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi ditemui meninggal dunia di sebuah flat di Sydney, Australia. Lebih mengejutkan, kedua-dua mereka dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan yang lalu. Menerusi laporan Metro UK, pihak polis tidak dapat mengesahkan punca sebenar dua beradik perempuan itu meninggal dunia. Mayat Asra Abdullah Alsehli, 24 dan Amaal Abdullah Alsehli, 23 ditemukan terbaring di flat di kawasan Canterbury pada 7 Jun lalu. Kegagalan mereka membayar sewa rumah membuatkan pasukan kebajikan telah melakukan pemeriksaan di kediaman tersebut. Menurut polis, mereka terkejut apabila menemui dua mayat yang sudah mereput di dalam rumah itu. Tambah polis, tiada sebarang tanda pencerobohan…