Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan perlumbaan basikal berlaku pada Sukan Komanwel 2022 ketika saingan scratch lelaki 15 kilometer, hari ini.

Kemalangan 'Ngeri' Di Temasya Komanwel. Basikal 'Terbang' Ke Tempat Penonton

Pelumba England, Matt Walls melanggar penghadang dan terjatuh di atas penonton ketika beraksi dalam saingan tersebut.

Juara Olimpik acara omnium itu diberi rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Insiden ngeri di Lee Valley VeloPark itu turut mendatangkan kecederaan kepada penonton selepas Walls dan basikalnya melepasi penghadang di selekoh velodrom.

Walls cuba mengelak pelumba New Zealand, George Jackson dan Josh Duffy dari Australia yang terjatuh di depannya hingga memaksa dia melanggar penghadang.

Kemalangan 'Ngeri' Di Temasya Komanwel. Basikal 'Terbang' Ke Tempat Penonton

Dua lagi pelumba, Matt Bostock dari Isle of Man dan Derek Gee dari Kanada turut dibawa ke hospital.

Manakala, dua penonton menerima rawatan kerana kecederaan ringan.

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, Matt Walls dibenarkan keluar dengan jahitan di dahi, selain lebam namun tiada kecederaan teruk.

Pasukan Isle of Man pula berkata, Bostock sudah menjalani ujian imbasan dan keputusannya adalah positif.

Saksi kejadian berkata, disebabkan kecerunan di laluan itu, penonton tidak dapat melihat dengan jelas insiden tersebut.

Ini adalah kemalangan ngeri kedua melibatkan acara berbasikal pada Sukan Komanwel selepas pelumba tuan rumah, Joe Truman patah tulang selangka.

Truman terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan dari tangki oksigen selepas insiden yang berlaku dalam acara keirin lelaki semalam.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply