Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang.
Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka.
“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.
“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL.
Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.
Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Rapid KL dan menyeru agar pihak berwajib terus bertegas dengan pelanggan yang degil.
“Jenis tegur tidak jalan ni elok di emergency brake kan sahaja biar mee segera tu masuk hidung.
“Masa orang makan mee segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut ketika memecut macam saya kena hari itu, ” jelas Rashid Saleh Yakob.
“Nanti kena saman, salahkan RapidKL pula. Kalau tren tu tiba-tiba berhenti mengejut ke apa. Mee segera jatuh satu koc la kotor sebab kuah mengalir, kenapa la ada jenis macam ni, ” jelas Zaa Landau.
Sumber: Kosmo