Tun M Buka Tawaran Lawan UMNO. Ini Jwpn BALAS Anwar Ibrahim Yg Ramai SETUJU. | Siapa tidak mengenali Tun Doktor Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden UMNO, Parti Bersatu Malaysia dan sekarang parti Pejuang. Sebelum ini, beliau meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri Malayisa selepas 22 bulan memerintah Malaysia selepas memenangi pilihan raya umum yang ke 14. Selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka wujudlah kerajaan di bawah Perikatan nasional.


Selepas pembubaran parlimen yang ke 14 ini, Tun Doktor Mahathir membuat tawaran untuk bekerjasama dengan parti yang ingin melawan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 15 ini. Bagaimanapun, ini jawapan balas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan tawaran Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ini kerana beliau menyifatkan pendirian bekas Perdana Menteri itu boleh berubah-ubah.

“Tidak mengapa lah. Kita terus pantau sebab minggu depan beliau (Dr Mahathir) akan bagi (pendirian) berbeza, jadi dengar dan beri penghormatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR di sini.

Semalam, media melaporkan, GTA terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang UMNO termasuk PKR dalam menghadapi PRU15.

Dr. Mahathir berkata, GTA hanya bekerjasama dengan parti yang menentang UMNO dan sanggup berbuat demikian untuk menyelamatkan negara ini daripada pentadbiran parti tersebut.

“UMNO sebuah parti yang tidak sama sekali mengambil berat masalah rakyat dan mereka hanya mahu menjadi Perdana Menteri serta menjadi kerajaan,” katanya kelmarin.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply