Menjamin Cukup Pada Musim Tengkujuh | Jabatan Perikanan telah memberi jaminan bekalan harian hasil laut akan mencukupi semasa musim tengkujuh, pada tahun ini.
Datuk Mohd Sufian Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan, berkata pihaknya terus giat menjalankan pelbagai program untuk mengukuhkan lagi jaminan itu. Antaranya dengan terus melabuhkan tukun dalam usaha menambah sumber hasil laut.
Beliau menyatakan bahawa, bersama kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak perikanan, juga memaklumkan kepada penternak ikan sangkar dan kolam, supaya sentiasa akan bersedia untuk mengeluarkan hasil laut mereka jika berlaku banjir.
Beliau juga berkata, penternak kolam dan sangkar perlu bersedia, mana-mana hasil laut seperti ikan, udang yang sudah sedia untuk dikeluarkan, perlu dikeluarkan sekarang, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian.
Beliau juga bertambah di sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, pada hari ini, bahawa bila dikeluarkan bekalan itu ada. Bagi beliau, tiada isu yang ketara berhubung ketiadaan bekalan.
Sementara itu, Mohd Sufian berkata SMK Bandar Mas yang mempunyai pusat penetasan ikan, sekolah pertama di negara ini yang menerima sijil MyGAP daripada Jabatan Perikanan.
Beliau berkata, MyGAP yang sebelum ini kenali sebagai Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia, bermatlamat memastikan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan, berkualiti, tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sumber: Berita Harian