Wanita Jadi Cacat Gara-gara Buat Pembedahan Plastik, Suami Nekad Bercerai | Seorang lelaki Jordan nekad menceraikan isterinya selepas pembedahan plastik yang dilakukan isterinya itu gagal sehingga membawa kepada kecacatan, lapor Gulf News.
Menurut ketua Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Jordan, Omar Al Shobaki, pembedahan tersebut dikatakan telah dijalankan oleh doktor yang tidak bertauliah.
Dalam satu program, Al Shobaki berkata bahawa pembedahan itu telah menyebabkan kecacatan yang tidak boleh diperbaiki oleh mana-mana pakar pembedahan plastik di dunia.
Menurut Gulf News, doktor yang melakukan pembedahan tersebut telah mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.
Kos pembedahan plastik yang dilakukan oleh pakar jauh lebih rendah daripada yang doktor tidak bertauliah itu.
Al Shobaki mengatakan bahawa peratusan kesilapan yang dilakukan oleh doktor tersebut adalah sangat besar dan menekankan bahawa iklan yang mengelirukan telah menyebabkan ramai orang awam mudah tertipu.
Menurutnya pembedahan plastik hanya boleh dilakukan oleh doktor yang telah memperoleh tauliah dari Lembaga Pembedahan Plastik, Pemulihan dan Terbakar Jordan atau setaraf dengannya.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Buat Pembedahan Plastik Elak Wajah Dicam Polis
Melarikan diri kerana takut ditangkap polis. Itu tindakan yang dilakukan oleh lapan wanita di Kelantan yang dikehendaki polis.
Mereka antaranya terbabit dengan kes bunuh, samun dan curi itu melarikan diri sejak 17 tahun yang lalu.
Mengulas isu itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita-wanita yang dikehendaki polis ini mungkin masih berada di pedalaman Kelantan dan kehidupan mereka suka berpindah-randah.
Katanya, mereka berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain kerana tidak mahu dijejaki polis seterusnya akan ditangkap.
Jelasnya, pihak kita tetap mencari mereka termasuk berhubung dengan polis luar Kelantan untuk menjejaki mereka bagi menyelesaikan kes yang tertangguh.
Sambungnya, namun, ada dalam kalangan mereka ini mungkin sudah melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan sudah bertukar identiti serta nama bagi mengelakkan ia dikesan pihak polis.
Jelas beliau, kemungkinan mereka yang melarikan diri ke negara jiran juga sudah berkahwin dengan warganegara sana dan takut untuk pulang ke Kelantan kerana bimbang ditahan polis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat (IPK) Polis Kontinjen Kelantan di sini.
Beliau berkata, bagi mengelakkan identiti dikesan, dipercayai ada dalam mereka ini menjalani pembedahan plastik untuk bertukar wajah.
Katanya, jika ini yang berlaku, agak sukar untuk pihak polis menjejaki kerana mereka sanggup tukar identiti dan wajah bagi melarikan diri daripada polis.
Beliau mendakwa, suspek wanita ini boleh bertukar wajah dan fizikal, lebih-lebih lagi yang melarikan diri sejak 2005 hingga menyebabkan sukar untuk pihak polis mengecam mereka. Berbanding suspek lelaki, walaupun mereka melarikan diri namun wajah dan fizikal tidak banyak berubah.
Tambahnya, perkara ini memberi cabaran kepada pihak kita namun pihak polis tidak pernah berhenti untuk menjejaki mereka termasuk kerap pergi ke rumah keluarga, namun mereka tidak memberi kerjasama dan memaklumkan sudah tidak berhubung lama dengan wanita berkenaan.
Katanya lagi, kemungkinan pihak keluarga tahu lokasi suspek berada, namun mereka mahu melindungi suspek supaya tidak dapat ditangkap.
Shafien berkata, suspek wanita yang melarikan diri, mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan masing-masing mempunyai satu kes.
Beliau berkata, berbeza dengan suspek lelaki, mereka kebanyakan mempunyai rekod kesalahan lampau.
Sumber: Harian Metro