Tiga Beradik M@ut Terkena Renjatan Elektrik Di Kelantan. | TUMPAT: Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Berita lanjut bakal menyusul..

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

 

Tangguh pindah ke pusat banjir demi Messi

KUANTAN: Seorang mangsa banjir menangguh untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) walaupun rumahnya di Kampung Alur Ladang, di sini, dimasuki air demi menonton perlawanan akhir Piala Dunia, tengah malam tadi.

Rumah Mohd Ridzwan Ismail, 58, dinaiki air sehingga paras lutut kira-kira jam 11 malam tadi ketika perlawanan antara Argentina dan Perancis baru bermula.

Namun, demi menyaksikan pasukan pilihannya, Argentina beraksi, beliau sanggup menonton dalam keadaan rumah dipenuhi air sehingga tamat separuh masa pertama.

“Isteri saya, Wan Nor Azian Wan Ibrahim, 61, sejak awal-awal lagi sudah berpindah ke PPS dan saya tinggal bersendirian di rumah ketika itu semata-mata mahu menonton Piala Dunia.

“Namun, apabila air semakin tinggi, saya berpindah ke rumah anak saudara yang terletak tidak jauh dari rumah untuk menonton perlawanan bola sepak itu sehingga habis, termasuk acara penyampaian hadiah.

“Saya berpuas hati apabila pasukan pilihan saya berjaya merangkul juara Piala Dunia dan pemain kegemaran, Messi dapat menjaringkan dua gol dalam perlawanan terbabit,” katanya yang berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, pada jam 2 pagi tadi.

Menceritakan kejadian banjir itu, Mohd Ridzwan berkata, air mula memasuki rumahnya kira-kira jam 9 malam melalui pintu dapur dan sehingga jam 2 pagi tadi, air sudah mencecah paras dada.

“Arus air naik tidak terlalu laju sebab itu saya tidak begitu runsing menonton bola dalam banjir. Malah, saya sudah biasa dengan banjir, tiap tahun rumah ditenggelami air.

“Cuma banjir tahun ini saya rasa paling teruk sejak 22 tahun tinggal di sini,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada pihak terbabit supaya membesarkan pembetung atau membina jambatan bagi melancarkan laluan air bagi menangani masalah banjir di kawasan itu.

 

Tiga sekeluarga nyaris maut, rumah runtuh dibadai ribut

DUNGUN: “Ribut itu menggegarkan rumah sehingga lantai bergoyang sebelum saya bersama anak dan adik bergegas keluar menyelamatkan diri,” kata Maria Abdullah yang rumah papan keluarganya dekat Kampung Cacar Pantai Paka di sini, runtuh dibadai ribut, petang semalam.

Maria, 57, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia bersama anak perempuannya berusia 15 tahun dan adik lelakinya berusia 41, berada dalam rumah itu.

“Kebetulan ketika itu, suami saya, Ismail Md Jusoh, 61, tiada di rumah, hanya anak prempuan dan adik lelaki sedang membantu saya mengemaskan rumah.

“Tiba-tiba hujan lebat disusuli ribut yang menggegar rumah dengan kuat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Maria berkata, dalam keadaan cemas itu, dia mengajak anak dan adiknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri, sebelum rumah itu runtuh.

“Nasib baik kami cepat keluar kalau tidak sudah tentu kami bertiga akan dihempap runtuhan yang berlaku.

“Selama ini, kami sudah biasa dengan ribut yang melanda kerana rumah terletak berdekatan pantai, cuma pada kali ini ribut yang melanda sangat kuat,” katanya.

Katanya, dia hanya mampu menangis melihat keadaan rumahnya yang runtuh dan musnah sama sekali dalam kejadian itu.

“Banyak juga barangan dan perabot rosak. Saya bersyukur ramai dalam kalangan penduduk datang membantu,” katanya.

Maria berkata, berikutan kejadian itu, dia kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudaranya tetapi buntu memikirkan untuk membina semula rumah terbabit.

“Saya tidak punya pendapatan tetap, manakala suami juga sudah tidak dapat bekerja kuat kerana mempunyai masalah kesihatan buah pinggang sejak sekian lama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Saiful Bahari Mamat, berkata pihaknya sudah mengarahkan pihak berkaitan supaya melakukan kerja membersih runtuhan terbabit termasuk menyalurkan bantuan lain kepada mangsa.

Share.

Leave A Reply