Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198. | JAKARTA – Gara-gara gagal menyerahkan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198), sepasang kekasih di Indonesia terpaksa akur untuk berpisah selepas keluarga bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan kisah yang tular di laman TikTok itu, gadis berasal dari wilayah Sulawesi Barat, Marwana Nareswari mendedahkan bahawa dia dan tunangnya terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga lebih mementingkan adat.

Menurut Marwana atau lebih gemar disapa Awa, dia dan bekas tunangnya telah menyiapkan semua persiapan perkahwinan bahkan, gambar praperkahwinan juga telah dirakam.

Awa berkata, ketika bekas tunang dan keluarga datang menemui keluarganya, ibu bapanya menentukan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198) memandangkan gadis tersebut berdarah Sulawesi.

“Rupa-rupanya, jumlah mas kahwin itu membuatkan keluarga calon suami saya terkejut. Ini kerana keluarga mereka berasal dari Jawa dan jumlah mas kahwin yang kami tetapkan dianggap amat tinggi.

“Mereka juga menyangkakan bahawa mas kahwin sekitar 5 juta rupiah (RM1,413) mungkin sudah cukup untuk diserahkan, namun keadaan berbeza bagi penduduk Sulawesi,” jelasnya.

Awa dan bekas tunangnya kemudian mula bimbang kerana menjelang tarikh perkahwinan asal mereka iaitu 9 September 2022, tiada khabar diterima daripada keluarga lelaki itu.

Menurut Awa, keluarganya turut berasa malu kerana mereka banyak menerima tanggapan negatif daripada orang ramai disebabkan majlis perkahwinan tidak berlangsung pada tarikh dirancang.

Selepas majlis ditunda ke 7 Januari 2023, Awa berkata, keluarga bekas tunangnya akhirnya pergi menemui mereka di Sulawesi tanpa membawa wang mas kahwin yang diminta untuk diserahkan.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunangnya juga jatuh sakit serta hanya mampu menyerahkan 20 peratus daripada jumlah mas kahwin yang ditetapkan.

Keadaan itu membuatkan keluarga Awa marah lalu mengusir keluarga bekas tunangnya serta membatalkan pernikahan mereka.

“Kita seeloknya memudahkan urusan mas kahwin dan majlis perkahwinan. Bagi calon pengantin, ibu bapa dan mentua, seeloknya mas kahwin perlu ditetapkan pada kadar sewajarnya mengikut keadaan dan jangan dipaksa jika tidak mampu.

“Kita mencari keberkatan dan reda Allah, bukan reda manusia,” katanya. – Agensi

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Lelaki Ini Batal Perkahwinannya Sehari Sebelum Majlis. Puncanya Buat Ramai SETUJU.
PALEMBANG: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis selepas wanita itu didakwa berkasar dengan ibunya gara-gara duit majlis pernikahan tidak mencukupi.

Lelaki yang dikenali sebagai Anjas itu memberitahu, dia dan gadis pilihannya sepatutnya berkahwin pada 18 Disember lalu, namun dia membatalkannya sehari sebelum majlis.

Hal itu kerana keluarga pengantin perempuan meminta wang tambahan sebanyak 700,000 rupiah (RM198) bagi upacara nikah.

Terdahulu, keluarga tersebut juga meminta wang majlis resepsi sebanyak tujuh juta rupiah (RM1,981) dan Anjas sudah pun memberikannya.

“Saya membatalkan perkahwinan kerana persiapan yang dilakukan ala kadar sahaja sedangkan keluarga bakal pengantin perempuan maklumkan mereka akan gunakan semua duit yang saya berikan untuk majlis kami.

“Tiada khemah dipasang untuk menyambut tetamu, sebaliknya hanya satu khemah kecil yang sering digunakan untuk majlis pengebumian dipasang.

“Ketika saya bertanya kepada keluarga dan bakal isteri mengapa jadi begitu, mereka terus memarahi saya dan ibu, malah mengeluarkan kata-kata kesat,” ujar Anjas.

Lelaki itu menceritakan, dia tidak boleh terima ibunya dimaki, lalu terus membatalkan perkahwinan.

Sementara itu, Anjas memaklumkan, dia berasa sedih kerana terpaksa membatalkan perkahwinan, namun dia lagi sedih apabila ibunya dimaki oleh bakal isterinya.

Katanya, dia berkenalan dengan wanita itu sejak setahun lalu dan menjalin hubungan jarak jauh sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Saya tidak sangka dia (bakal isteri) merupakan seorang wanita yang kurang ajar dengan orang tua. Keputusan saya untuk batalkan perkahwinan ini adalah tepat,” tegasnya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply