Pusat Jagaan Orang Tua Terbakar.Seorang Wanita Rentung. | Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar, awal pagi Selasa.
TERIMA PANGGILAN JAM 3.33 PAGI
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi.
“Seramai 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Wan Md Razali berkata, kebakaran melibatkan jenis bangunan struktur kelas A dan musnah terbakar 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.
“Semasa kejadian terdapat 14 penghuni termasuk penjaga telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.
TEMUI MANGSA RENTUNG ATAS KATIL
“Walau bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Lelaki Hilang 2 Hari. Akhirnya Ditemui Tidak Bernyawa.| KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang hilang selama dua hari, ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Bandar Penawar – Punggai di sini..
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui dikawasan semak berdekatan bahu jalan kira-kira pukul 8.30 pagi hari ini.
ORANG AWAM TEMUI SEBUAH KERETA
Katanya, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta yang terbabas di lokasi kejadian.
“Kemalangan yang membabitkan sebuah Proton Waja itu membawa kepada penemuan mayat mangsa di tempat kejadian. Pemandu kereta berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai. Mangsa dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan semak dibahu kiri jalan, kira-kira 40 meter ke dalam, apabila sampai di lokasi berselekoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
2 HRAI TIDAK PULANG KE RUMAH
Hussin berkata, hasil soal siasat bersama waris menyatakan mangsa telah dua hari tidak pulang ke rumah dan waris serta beberapa orang awam telah keluar mencari mangsa dalam tempoh tersebut.
“Tiada unsur- unsur jenayah ditemui dalam siasatan kes, dan mangsa terbabas sendiri semasa memandu kenderaan. Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
2 Wanita Hilang Slps Mengaji. Rupa²nya Dibvnuh & Disimen.| Mayat dua orang wanita ditemui di disimen di bawah tangga di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat pada Isnin lepas.
MANGSA HABIS KELAS MENGAJI
Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 48 tahun tidak pulang ke rumah selepas habis kelas mengaji Al-Quran, pada Ahad.
Curiga kerana lambat pulang, suami salah seorang mangsa kemudian bertindak mengesan isterinya menerusi GPS yang ada pada telefon bimbit.
Suami mangsa kemudian mendapati lokasi terakhir isterinya berada di rumah tersebut dan bergegas ke sana. Dia kemudian menemui satu kawasan baru disimen di bawah tangga rumah berkenaan.
SUAMI KOREK LANTAI SIMEN
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, lelaki berkenaan bertindak mengorek simen berkenaan sebelum membuat penemuan yang mengejutkan.
Mayat isterinya bersama seorang wanita lain, dipercayai rakan isterinya ditemui kaku dalam bancuhan simen dibawah tangga tersebut.
Dia kemudian menemui seorang lelaki yang sedang kritikal dan berlumuran darah dengan hirisan di pergelangan tangan. Lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Mayat dua wanita ditemui mati disimen
Pihak polis mengesahkan lelaki tersebut merupakan penyewa rumah berkenaan dan merupakan suspek utama pembunuhan.
Difahamkan motif pembunuhan belum diketahui, tetapi suami salah seorang mangsa mengesahkan lelaki tersebut merupakan sahabat baiknya yang dianggap seperti keluarga.
DETIK-DETIK TERAKHIR MANGSA DIRAKAM CCTV
Detik-detik terakhir keberadaan dua wanita berkenaan di sekitar lokasi mayat mereka ditemui turut berjaya dirakam CCTV berdekatan. Setakat ini, CCTV itu merakam kedua-dua mangsa memasuki rumah berkenaan sebelum dibunuh.
Memetik laporan Detik, kedua-dua mangsa tiba di rumah tersebut dengan menunggang motosikal. Mereka kemudian meninggalkan motosikal tersebut di luar dan berjalan kaki menuju perkarangan rumah lelaki terbabit.
Rakaman CCTV dedah kejadian sebelum pembunuhan
Berdasarkan rakaman CCTV itu lagi, suspek tiba lebih awal di rumah berkenaan dari luar. Dia kemudian dirakam menyambut kehadiran kedua-dua mangsa dan membuka pagar pintu rumahnya.
Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut yang dilihat masih mengenakan topi keledar, didapati keluar dari pintu pagar dan membawa masuk motosikal mangsa ke rumahnya.
Polis turut menemui beberapa resit pembelian bahan bancuhan simen seperti batu kerikil dan pasir di rumah berkenaan. Semakan ke atas CCTV juga mendapati kehadiran sebuah lori kecil yang menghantar bahan berkenaan ke rumah tersebut.
Setakat ini, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber : Siakapkeli