Peguam Negara Baru. Ini Biodata Tan Sri Idris Harun Yang Wow | Selepas Tommy Thomas letak jawatan, kekosongan jawatan Peguam Negara telah diisi oleh Tan Sri Idris Harun. Jom baca informasi biodata beliau. Bukan calang-calang.

Tan Sri Idris Harun Sebagai Peguam Negara Malaysia

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuasa hari ini.

“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan terhadap perlantikan itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, baginda juga memperkenankan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatannya berkuat kuasa 28 Februari selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.

Idrus, 65, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu.

Anak kelahiran Sanglang, Kedah itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2014 dan sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018.

Latar Belakang Tan Sri Idrus Harun Orang Kedah

Tan Sri Idrus Harun kelahiran Sanglang , Kedah tahun 1955. Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (1969-1974) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (1974-75). Melanjutkan pelajaran ke UM dan lulus Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), 1980.

Memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang, 1980 dan selepas itu telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau pernah menjadi Pendaftar Syarikat (1998- 2002 ) dan berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa serta sebagai Penggubal Undang-undang Parlimen (2004-2006) sebelum menjadi Peguamcara Negara (2006-2014).

Beliau juga merupakan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia( bermula April 2002) di samping pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (2014-2018) sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Nov 2018. Beliau telah menerima anugerah PSM, PSN, SSAP, SIMP, DPMT, DSDK.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply