Kantoi RogoI Anak Sendiri, Ini Tindakan Kejam Penolong Ketua Kampung Terhadap Maknya

| March 6, 2020 | 0 Comments

Kantoi RogoI Anak Sendiri, Ini Tindakan Kejam Penolong Ketua Kampung Terhadap Maknya | Perbuatan seorang penolong ketua kampung rogoI anak sendiri dapat dihidu oleh maknya. Apa yang dia buat terhadap maknya sangat kejam. Allahu. Baca selanjutnya.

Tikam Dan Kerat Mayat Mak

Seorang penolong ketua kampung telah didakwa kerana membunuh ibunya sendiri selepas wanita itu mengancam untuk memberitahu polis bahawa dia telah merogol anak perempuannya yang remaja.

Penyiasat berkata penolong ketua kampung berusia 35 tahun yang tinggal di daerah Wiang Pa Pao itu mengakui jenayah itu kepada ketua kampung pada hari Jumaat dan meminta beliau menghubungi polis. Nama suspek dan ibunya telah dirahsiakan bagi melindungi identiti mangsa rogol yang masih muda.

Kejadian itu mengejutkan penduduk setempat kerana lelaki itu telah membantu penduduk untuk membina halangan kebakaran pada hari Jumaat.

Suspek menunggu di dalam rumahnya ketika polis tiba. Dia membawa mereka ke sebuah bilik di belakang rumahnya di mana bahagian-bahagian mayatnya ditemui dalam bekas di bawah ais. Kepala tidak ditemui dalam bekas tersebut.

Dia memberitahu kepada pegawai bahawa telah menanam kepala ibunya di tempat di sekitar Jalan Wiang Pa Pao Phrao.

Pegawai-pegawai kemudiannya membawanya untuk melakonkan semula aksi jenayah di rumahnya.

Siasatan polis mendapati bahawa lelaki itu telah bercerai dengan isterinya kira-kira setahun yang lalu dan tinggal bersama anak perempuannya yang berumur 15 tahun.

Ibunya yang berusia 53 tahun kemudiannya mengetahui bahawa anaknya telah merogol cucunya. Dia berhadapan dengannya dan pergaduhan berlaku. Wanita itu mengugut untuk membuat laporan polis.

Penyiasat berkata lelaki itu kemudian menikam dan bunuh ibunya dengan pisau tajam pada pukul 4 pagi hari Khamis yang lalu. Kerana takut ditangkap, dia mengerat badan ibunya dan meletakkan bahagian-bahagian badan tersebut di dalam bekas ais.

Suspek sedang ditahan dalam tahanan polis sementara menunggu tindakan undang-undang lanjut.

Sumber : Bangkok Post via Siakapkeli

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *