13 Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Harus Lawati | Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka lokasi sasaran popular orang dalam atau luar negara dan antarabangsa. Melaka juga adalah tempat pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian yang singkat.
Melaka bukan sahaja jadi tumpuan pelancong antarabangsa malah rakyat Malaysia juga gemar ke sini. Terkenal dengan sejarah, tempat pelancongan menarik, makanan dan seni bina bangunan lama,
Tidak hairan Melaka kini semakin punyai banyak tempat menarik yang baharu lagi unik dalam usaha menarik lebih ramai orang datang berkunjung.
Di sini, kami senarai tempat – tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk seisi keluarga. Jom pergi jalan – jalan!
Jika anda ingin lihat lebih banyak info menarik, and boleh klik DI SINI.
1. Dutch Square
Dutch Square Melaka ialah salah satu tarikan paling ikonik di kota bersejarah ini. Anda boleh temui bangunan Stadthuys (dikenali sebagai bangunan Belanda paling tua yang wujud di Timur), Gereja Christ dan menara jam ikonik Melaka di sini. Anda boleh bergambar dengan latar belakang yang cantik di sini!
2.The Shore Sky Tower
Di sini anda boleh lihat lantai kaca lutsinar dan dinding kaca lutsinar di ruang terbuka membolehkan anda melihat panorama Bandar Melaka. Satu adventure bagi mereka yang gayat tatkala melihat pemandangan di bawah. Ingin menguji tahap keberanian anda? Jom naik ke tingkat 43 ini.
3. Baba & Nyonya Heritage Museum
Muzium Warisan Baba & Nyonya yang cantik ini adalah salah satu rumah Peranakan Pra – Perang Dunia Kedua di Melaka. Beli saja tiket masuk atau tempah lawatan anda supaya anda boleh melihat jubin lukisan tangan, perabot klasik dan artifak yang pasti akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.
4. The Shore Oceanarium
Kanak – kanak pasti suka tempat ini memandangkan mereka dapat kenal banyak spesies haiwan laut dan habitat mereka. Manakala di Zon Interaktif, siap lengkap dengan “Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium” yang mana pengunjung perlu memakai cermin mata 3D untuk melihat “Like Real Vision” dan wayang gambar 3D.
5. Mamee Jonker House
Mamee Jonker House adalah sebuah tarikan mesra keluarga di kawasan ini di mana bangunan ini terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk kafe, muzium kecil, sudut di mana anda boleh membeli buah tangan Mamee dan cenderamata. Begitu juga dapur yang menawarkan bengkel guna tangan dan peluang untuk anda cipta mi cawan Mamee anda sendiri!
6. Melaka River Cruise
Antara aktiviti terbaru yang termasuk dalam artikel tempat menarik di Melaka ini ialah Melaka River Cruise. Pengunjung boleh menaiki kapal cruise menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang sungai ini, pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan dinding bangunan merangkumi rumah penginapan, hotel dan rumah penduduk yang terletak berhampiran di lukis dengan seni grafiti berwarna – warni.
7. Masjid Selat Melaka
Keunikan masjid yang dibina dengan rekaan seni binaan masjid terapung Jeddah adalah ia dibina atas pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Pulau Melaka. Setiap kali air pantai pasang, masjid ini akan kelihatan seperti terapung di atas air.
8. Upside Down House Gallery
Menggunakan penataan hiasan dalaman sesebuah rumah dengan lima ruang iaitu dapur, ruang tamu, bilik tidur uutama, bilik tidur kanak – kanak dan bilik air, bezanya kesemua perabot dan kelengkapan rumah diletakkan dalam keadaan terbalik.
9. Skytrex Adventure
Untuk peminat sukan outdoor lasak, inilah tempat anda! Dengan konsep ‘sky trekking’, anda boleh merasai pengalaman ‘terbang’ ataupun meluncur dari satu pokok ke pokok lain melalui aktiviti yang disediakan. Lebih ekstreme adalah aktiviti SkyRide yang mana anda berbasikal menyeberangi laluan bertali.
10. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Satu lagi tarikan di Melaka. Taman tema air yang berada di Ayer Keroh punyai 11 tempat menarik seperti Tornado Chaser, Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island selain dikelilingi oleh hutan hijau semula jadi seluas 360 hektar. Anda boleh bawa anak – anak untuk bercuti di sini!
11. Menara Taming Sari
Setiap hujung minggu, akan nampak satu barisan panjang orang menunggu untuk menaiki Gyro tower pertama seumpamanya di Malaysia ini. Dengan ketinggian 110 meter, apabila tiba di atas, anda dapat melihat 360 darjah panorama Bandar Melaka sambil duduk di tempat yang diberi dalam struktur yang berpusing.
12. A’Famosa Safari Wonderland
Jika anda seorang pencinta haiwan, mari singgah ke A’Famosa Safari Wonderland yang juga berada di dalam Resort A’Famosa. Dekati zirafah, harimau, monyet, tupai dan banyak lagi di zoo gaya safari yang luas ini! Selain dari ada banyak jenis haiwan di sini, jadual harian safari ini penuh dengan persembahan haiwan, waktu memberi makan dan persembahan yang menarik.
13. Baba & Nyonya Heritage Museum
Tempat menarik di Melaka ini memang seronok untuk anda lawati. Semuanya sesuai untuk seisi keluarga berehat dan meluangkan masa bersama. Kalau anda berkesempatan datang ke Melaka, jangan lupa lawat lokasi yang kami berikan di atas. Diharapkan artikel tempat menarik ini dapat bantu anda sekeluarga rancang sebuah percutian yang indah di Melaka ini.