ini13 Tempat Menarik Di Terengganu Yang Anda Harus Lawati | Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri tempat percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong lebih – lebih lagi untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau dan pantai.

Destinasi pelancongan di Terengganu seperti di pantai, pulau dan kawasan air terjun mula meriah selepas musim terkujuh yang selalu terjadi seperti bulan Disember ini. Jadi tempah penginapan anda dan rancang jadual percutian di Terengganu pada waktu yang ideal ( Bulan Mac – September) jika anda nak ke lokasi pulau, air terjun dan pantai. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Terengganu.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Kenyir Water Park

Terletak di Pulau Poh di mana pengunjung perlu menaiki bot di Pengkalan Gawi selama 10-15 minit sebelum sampai di sini. Taman tema air ini memang sangat unik kerana di samping mempunyai kolam air di darat, pengunjung dewasa boleh mencuba aktiviti yang mencabar dengan permainan air di tengah tasik.

2. Pulau Redang

Pulau Redang ialah destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana punyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu – terumbu karang di sini.

3. Santuari Kelah Sungai Petang

Kebiasaannya ikan kelah memang susah untuk didekati tetapi di sini ikan kelah seperti menanti kehadiran pengunjung seolah – olah tidak sabar nak beramah mesra & mencium kaki tangan anda. Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Santuari Kelah Lubuk Kejor, Sungai Petang, Jangan lupa singgah di sini!

4. Pulau Perhentian

Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian terdiri dari 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti.

5. Pulau Tenggol

 

Satu lagi pulau yang menawan di Terengganu yang kecantikan air, pantai dan hidupan marinnya setanding dengan Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau Tenggol adalah satu tempat menarik di Dungun yang memang tidak asing untuk mereka yang suka menyelam / scuba diving kerana adanya kawasan terumbu karang yang cantik.

6. Air Terjun Chemerong

Tempat mandi manda di Terengganu yang sangat popular yang berada di dalam Hutan Lipur Chemerong yang juga adalah sebahagian dari Hutan Simpan Pasir Raja. Lokasinya yang agak pedalaman dari jalan utama pasti menjanjikan keaslian alam flora yang masih kekal terjaga.

7. Air Terjun Sekayu

Sebuah lagi tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu yang berada di Kuala Berang. Air terjun jernih di kelilingi Hutan Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau juga menginap di chalet di tepi air terjunnya yang pasti memberi satu pengalaman yang berbeza.

8. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

Masjid yang indah dan cantik ini terletak di Kuala Ibai dalam kawasan Taman Awam Lagun Kuala Ibai. Kalau anda lihat dari jauh ianya seolah – oleh terapung di atas laguna air di sini. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat, jangan lepaskan peluang untuk solat Jumaat di sini.

9. Pantai Teluk Ketapang/ Pantai Airport

Destinasi pantai rekreasi ini berada di area Seberang Takir bersebelahan dengan Airport Telaga Batin lebih kurang 20 minit memandu dari bandar KT. Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang sangat popular di kalangan orang setempat untuk bersantai pada waktu petang.

10. Masjid Kristal

Mengikut sumber kos pembinaan masjid yang cantik dan unik ini dianggarkan sekitar 23 juta ringgit dan berada di tepi Sungai Terengganu serta bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Anda juga boleh melihat keindahan masjid ini kalau menaiki river cruise atau melalui Jambatan Sultan Mahmud.

11. Kota Putra Paragliding & Extreme Park

Sekiranya anda sukakan aktiviti outdoor yang lasak, apa kata ke Besut Terengganu yang menawarkan aktiviti sukan ektstrem di lokasi yang sangat cantik dikelilingi laut, pantai, hutan, bukit dan sudah tentunya pemandangan di sini cukup menakjubkan seperti pada waktu pagi.

12. Pulau Kapas

Pulau Kapas adalah pulau peranginan di Terengganu yang paling dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. Tempat ini adalah destinasi paling ideal untuk anda lawati jika anda mahu suasana yang santai. Dengan hanya menaiki bot dari Jeti Marang, pelancong akan sampai ke kawasan pulau sekitar 20-30 minit sahaja.

13. Pantai Batu Buruk

Pantai rekareasi ini merupakan pantai yang paling dekat jika anda berada di Bandar Kuala Terengganu. Tidak hairanlah setiap waktu petang, malam dan hujung minggu, sentiasa penuh dengan kunjungan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan juga anak – anak.

 

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Terengganu ini. Anda dapat lihat bahawa tempat menarik di sini banyak alam semula jadi seperti pantai, air terjun, lata dan juga hutan. Jika anda mahukan percutian yang santai – santai tidak terlalu sibuk anda boleh datang ke sini. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk memilih tempat percutian anda bersama keluarga. Jangan lupa untuk tempah penginapan dahulu sebelum datang ya!

Share.

Leave A Reply