13 Tempat Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Kundasang | Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata dan juga udara yang mendamaikan jiwa.
Anda nak bercuti dan menginap di tempat pelancongan yang sejuk? Tapi dah bosan pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands? Apa kata jika anda ke mini Switzerland? Mana lagi jikalau bukan Kundasang di negeri Sabah Dibawah Bayu. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Kundasang ini.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Sutera Sanctuary Lodges
Bilik yang disediakan di sini memberi rasa yang selesa dengan kemudahan dan kebersihan kawasan sekelilingnya. Sutera Sanctuary ini berdekatan dengan Gunung Kinabalu dan anda dapat melihat hanya dari bilik. Tempat ini menyediakan sajian sarapan pagi buat mereka yang menginap di hotel ini.
2. Kinabalu Pine Resort
Superior Standard Twin
Resort yang indah dengan kemudahan yang dapat diguna dengan baik dan taman yang sangat cantik dengan tumbuhan dan bunga. Kakitangan yang bertugas sangat sopan dan ramah dari segi khidmat pelanggan mereka. Anda dapat melihat keindahan taman di sini hanya dari koridor bilik anda.
3. Hidden Hill Kundasang
Lokasi ni menawarkan suasana seperti di jepun dan kawasan halaman tempat penginapan ini. kalau anda jenis yang suka bergambar, anda boleh selfie bersama keluarga atau rakan kerana banyak tempat – tempat yang cantik yang boleh anda terokai. Anda bole sewa pakaian jepun dan cosplay anime juga!
4. Perkasa Hotel Mt Kinabalu
Hotel ini menawarkan banyak kemudahan untuk memastikan anda selesa bersama keluarga. Setiap bilik dijaga dengan bersih dan kemas serta lengkap dengan water heater. Bilik yang selesa dan perkhidmatan terbaik adalah apa yang anda boleh jangkakan sepanjang penginapan anda di Perkasa Hotel Mt Kinabalu.
5. Happy Village Kundasang
Jika anda datang beramai – ramai dalam 10 ke 20 orang, tempat ini sesuai untuk anda. Tempat ini sangat sesuai untuk anda berjalan – jalan ambil udara segar bersama keluarga. Dari situ, anda boleh lihat gunung kinabalu dengan sangat jelas. Bilik yang disediakan sangat luas dan selesa serta kemudahan yang ditawarkan semua boleh digunakan dengan baik.
6. Mesilau Cliff’s Homestay
Meskipun chalet ini ialah rumah bertingkat dan punyai 3 unit sahaja, ianya mampu memuatkan 10 orang dalam satu masa. Setiap chalet ada 4 buah bilik dan lengkap dengan dapur, ruang tamu serta 2 bilik air. Memang sesuai untuk anda daftar masuk di sini jika anda datang bercuti dengan keluarga yang besar.
7. Sakura Villa Mesilau
Sakura Villa Mesilou sememangnya sebuah tempat penginapan yang sangat cantik. Tengok sahaja pada reka bentuk homestay dan landskap, ala-ala seperti berada di rumah Inggeris bukan? Ditambah lagi dengan balkoni pada setiap unit rumah anda akan disaji dengan panorama taman di hadapan homestay.
8. Ren-Hana Kampungstay
Lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses. Tarikan pelancongan iaitu Desa Dairy Farm hanya 3km sahaja darip chalet. Parkir juga adalah percuma untuk para tetamu. Temanya ialah Kampungstay yang akan berikan anda pengalaman menginap di kampung. Pasti anda akan terkenangkan memori indah sewaktu kecil.
9. The Village Mesilau
The Village Mesilau adalah lokasi yang ideal buat anda. Anda akan dapat lihat homestay ini dihiasi penuh dengan tumbuhan flora yang banyak ditanam dengan kemas dan tersusun. Ada ruangan beranda disediakan untuk anda duduk dan ambil angin di depan homestay sambil melihat pemandangan flora dan fauna ini.
10. Seribu Satu Homestay
Nama sahaja homestay tapi lihat betapa besar dan kelihatan mewah Seribu 1 Homestay ini. Kebersihan di homestay juga dapat maklum balas yang positif. Anda boleh pilih untuk daftar masuk 1 rumah atau hanya ruangan bilik sahaja. Jika ruangan bilik sahaja anda harus kongsi ruang rehat dengan tetamu yang lain.
11. Spring Garden
Suasananya sangat aman dan tenang, seperti sunyi. Jika anda mencari ketenangan, di sinilah tempat paling ideal. Setiap bilik atau chalet di bina berjauhan antara satu sama lain, jadi anda dan anak – anak dapat nikmati privacy. Jika anda mencari ketenangan, di sinilah tempat paling ideal.
12. Bayu Senja Lodge
Bayu Senja Lodge adalah sejenis tempat yang cukup istimewa. Ianya berada di kawasan pergunungan jadi pemandangan dari homestay ini memang cantik. Bahagian luar lebih kepada European style lodge, namun, dalam unit – unit di sini, ia lebih kepada simple dan kemas ala penginapan di Korea atau Jepun.
13. Ayana Holiday Resort
Ayana Holiday Resort yang berada di dalam perkarangan Taman Nasional Kinabalu. Merupakan sebuah homestay jenis resort, anda dapat rasai pemandangan terbaik, cuaca yang menyenangkan dan yang paling penting, pilihan penginapan yang selesa. Kerana lokasi yang menarik, anda boleh nikmati aktiviti hiking juga.
Sekiranya pilihan yang diberi ini masih tidak cukup, anda boleh layari Booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan yang ada di Sabah dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Mesti ramai antara anda yang ingin menyimpan bajet tapi termimpi – mimpi bercuti di Kundasang bukan? Tak perlu risau, penginapan dalam harga murah cukup banyak di Kota Kinabalu ini. Pack beg anda dan terbang lah ke Sabah untuk percutian yang pasti buatkan jiwa tenang tak terkata. Selamat bercuti ke Kundasang!