13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Johor Bahru | Apabila bercakap tentang percutian di Johor, sudah pasti ramai yang mencari-cari hotel di Johor Bahru yang mesra keluarga, murah dan dekat dengan tempat menarik seperti Legoland, Hello Kitty Town, Johor Premium Outlet, Danga Bay, bandar JB malahan Singapura.
Terletak di pintu masuk untuk ke Singapura, Johor Bahru cukup meriah dengan aktiviti pelancongan, kerana itu jugalah banyak hotel menarik wujud di bandaraya ini. Cukup banyak, tapi anda tahukah yang mana yang terbaik untuk percutian anda? Mari kita terokai 13 tempat menarik di Johor Bahru ini.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Grand Paragon
Terletak secara strategik di Pusat Bandar Johor Bahru, membolehkan anda mengakses dan berdekatan dengan tarikan yang ada di sini. Tempat letak kereta dan Wi-Fi sentiasa percuma, jadi anda bebas untuk berhubung dan pergi tempat yang anda inginkan hati. Jangan pergi sebelum melawat ke Legoland Malaysia yang terkenal.
2. Amari Johor Bahru
Hotel Amari dekat dengan mall Komtar JBCC dan City Square ini ada bilik dan bilik air yang luas untuk keluarga. Jadi bukan saja rehat di bilik selesa, nak cari makan minum, cuci mata pun senang saja. Tarikan macam pasar karat dan Skyscape dekat dengan hotel. Kat sini juga ada pool untuk anak dan dewasa.
3. Twin Galaxy Suites By Iconic Bliss
Twin Galaxy Suites By Iconic Bliss adalah sebuah penginapan moden yang dihias dengan menggunakan warna monokrom seperti hitam, putih dan kelabu. Anda boleh menyaksikan pemandangan indah yang disajikan dari tingkap bilik sambil bersantai di dalam bilik beraura eksklusif ini.
4. Holiday Inn
Hotel Holiday Inn JB ini adalah salah satu hotel di JB yang lokasi itu cukup strategik untuk anda sekeluarga sebab ia ada kat Komtar JBCC. Menariknya kat hotel ini, kalau anda makan di restoran Dine@Eight dalam hotel ini, tak kisah siang atau malam, anak bawah 12 tahun boleh makan percuma!
5. Holiday Villa JB
Hotel 4 bintang ini terkenal dengan makanannya yang sedap, bilik yang besar dengan lokasi yang strategik. NAk shopping? KSL mall sangat dekat dengan anda dan boleh pergi dengan jalan kaki saja. Untuk anak ada 1 swimming pool khas untuk mereka, manakala untuk dewasa ada satu infinity pool di tingkat 25.
6. Doubletree by Hilton
Selain Holiday Viila, hotel juga berada dekat dengan Komtar JBCC mall dan juga City Squaree. Jadi tak susah untuk anda dan family shopping nanti. Untuk main air, kolam renang anak ada di sebelah kolam renang dewasa. Untuk lebih selesa hotel ini ada suite 2 bilik. Family besar boleh duduk sama-sama dan privacy anda terjaga.
7. Holiday Villa Johor Bahru
Dah puas berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru, anda boleh bermandi manda di kolam renang infiniti hotel ini yang turut menawarkan pemandangan yang sempurna. Jakuzi juga disediakan di ruang mandian pancuran kolam ini. Sekiranya anda menginap di hotel ini pada hari Isnin, jangan lupa untuk melawat pasar malam disini.
8. Tanjong Puteri Golf Resort
Untuk penginapan yang tidak membosankan walaupun tidak keluar dari kawasan resort, Tanjong Puteri Golf Resort Berhad patut menjadi pilihan utama anda sewaktu di Johor Bahru. Hampir kesemuanya ada di resort ini antaranya, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, gelanggang futsal, sauna, gym, permainan papan, billiard, spa dengan suasana desa.
9. Thistle Johor Bahru
Untuk penginapan dengan pemandangan yang indah, mai booking Thistle Johor Bahru kerana dari hotel ini anda mungkin dapat nikmati pemandangan indah Selat Johor ataupun bandaraya Singapura. Kalau anda nak shopping pula, khidmat shuttle percuma disediakan untuk anda ke JPO, bukan pusat membeli-belah biasa, tapi bebas cukai lagi tu!
10. Fraser Place Puteri Harbour
Ini penginapan dekat Legoland yang sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga besar atau remaja dan mahukan apartmen dengan bilik – bilik buat mereka. Semua bilik di sini lengkap dengan microwave dan juga washer – dryer, dan saiz bilik memang luas dan selesa.
11. KSL Hotel & Resort
KSL Hotel & Resort berada di dalam pusat membeli-belah ini sendiri. Kaki shopping apa lagi? JPO pula hanyalah 20 minit pemanduan dari sini. Antara kemudahan lain yang tersedia bagi para penginap hotel adalah kolam renang, pusat kecergasan, sauna dan taman tema air mini. Penginapan ini khas untuk anda!
12. Somerset Medini Iskandar Puteri
Tempat ini agak dekat dengan tarikan terkenal ini sehinggakan terdapat bilik yang menyajikan pemandangan sekitar Legoland. Hotel yang dikelilingi oleh taman hijau ini juga lengkap dengan banyak kemudahan menarik seperti gym yang cukup lengkap dengan peralatan senaman dan juga kolam renang.
13. Trove Johor bahru
Hotel 4 bintang ini ada bilik – bilik dengan 5 tema, jadi anda boleh datang berkali – kali dan duduk di bilik berlainan setiap masa. Yang bagusnya kat bilik ada water filter, dengan air sejuk dan panas, senang kalau ada baby cuti bersama. Nak shopping? Boleh jalan kaki 5 minit ke Pelangi Plaza.
Nak lihat lebih banyak hotel dan resort menarik yang ada di Johor dengan potongan harga yang sukar dikalahkan oleh laman web hotel yang lain? Layari Booking.com, pasti anda terkejut melihat harga hotel yang ditawarkan. Murah atau mahal, penginapan di Johor Bahru pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasi ini, di mana – mana sahaja anda berada, ada sahaja tempat menarik untuk anda lawati. Selama bercuti di Johor!