13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Taiping Perak | Taiping cukup sesuai memegang reputasi sebagai bandar yang paling nantik di negara ini. Mana tidaknya, di sini lah terletaknya dalam sekitar 40 perkara pertama yang wujud di Tanah Malaysia ini. Jangan lepaskan peluang untuk datang bercuti di sini.

Di Taiping, anda akan menemui banyak pilihan penginapan yang sesuai untuk pelancongan anda. Terdapat banyak tempat di Taiping yang miliki banyak kemudahan dengan kelebihan tersendiri. Di sini anda akan menemui homestay yang punyai pengalaman mesra seperti di rumah sendiri. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Novotel Taiping
Kalau anda nak tahu, hotel ini bergabung dengan Taiping Mall. Jadi banyak kemudahan ada di sekitar hotel, nak makan? hanya perlu berjalan tak sampai 5 minit dari sini. Untuk bilik pula, anda dapat nikmati pemandangan yang menyegarkan dari tingkap bilik ini sahaja.
2. Hotel Grand Baron
Jika anda keliru sama ada menginap di kawasan yang mendamaikan jiwa atau di sekitar kota, sesuai lah anda datang ke sini kerana Hotel Grand Baron memberi anda kedua – duanya sekali. Penginapan ini sendiri sebenarnya sudah cukup untuk melahirkan rasa nyaman.
3. Hermitage Boutique House
Ingin penginapan dengan suasana mewah tapi masih dalam harga bajet? Datanglah ke Hermitage Boutique House, anda pasti akan suka dengan suasana dan kualiti hotel ini. Setiap sudut butik ini dihias dengan penuh elegan, di mana saja anda pandang, pasti akan tertarik.
4. Golden Roof Hotel Taiping
Golden Roof Hotel Taiping adalah sebuah hotel 3 bintang yang miliki 25 buah bilik yang terdiri dari bilik jenis Superior Twin, Deluxe King, Premiere King Double King, Deluxe Suite, dan Family Suite. Biliknya pula punyai reka bentuk yang moden serta katil yang empuk untuk anda berehat di situ.
5. The Regency Seri Wawasan
The Regency Seri Wawasan ini menawarkan kemudahan spa untuk memanjakan badan dan akses wifi yang laju. Bagi anda yang datang bersama keluarga, anda boleh menginap dengan rasa tenang kerana hotel ini membuat pemantauan keselamatan untuk 24 jam.
6. Kimal Hotel Taiping
Kimal Hotel Taiping adalah sebuah penginapan yang sempurna u tuk anda yang susah nak kenyang. Sebab anda hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke gerai – gerai makanan yang ada di sini. Untuk beraktiviti pula, tarikan yang ada berdekatan adalah Zoo taiping dan Taiping Park.
7. Louis Hotel
Louis Hotel adalah sebuah penginapan yang elegan dan tampak mewah walau dengan tawaran harga yang murah iaitu hanya RM124 satu malam. Hotel butik ini erada di lokasi yang sangat strategik yang memudahkan anda untuk menuju ke pusat beli – belah dan kedai makan berdekatan.
8. SSL Traders Hotel
SSL Traders Hotel adlah sebuah hotel yang berada di Jalan Kamunting lama iaitu di antara bandar warisan Taiping dan juga zon industri. Dengan harga yang bermula dari Rm92 anda dapat bermalam di sebuah hotel yang cukup lengkap dengan kemudahan yang mereka sediakan.
9. Legend Inn Hotel
Legend Inn Hotel yang berada di tengah – tengah bandaraya Taiping ini miliki 89 buah bilik yang masing – masing luas untuk keselesaan bagi anda yang datang dengan keluarga. Bilik yang dihias dengan moden dan sangat bersih. Anda boleh bersantai di bilik yang terasa ‘mahal’ ini.
10. Beverly Hotel Taiping
Beverly Hotel Taiping adalah sebuah penginapan yang juga berada di lokasi yang sangat strategik kerana dekat dengan pusat – pusat beli belah iaitu Lotus dan Taiping Sentral Mall. Bilik yang diberi juga agak luasuntuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
11. Tune Hotel Taiping
Tune Hotel Taiping ini menawarkan harga yang sangat berpatutan tanpa mengabaikan keselesaan penginap. Penginapan pula miliki susun atur yang cukup kemas dengan kebersihan yang sangat memuaskan. Di samping itu, sistem keselamatan hotel ini juga sangat canggih.
12. Panorama Hotel
Panorama Hotel adalah sebuah hotel yang sangat strategik untuk anda meneroka variasi tarikan yang ditawarkan di sekitar. Hotel ini menawarkan 80 buah bilik yang terdiri jenis Standard, Deluxe, Family dan Suite. Semuanya cukup luas dan lengkap dengan katil yang sangat mepuk.
13. Sentosa Villa Resort
Sentosa Villa Resort yang berada di tengah – tengah Taiping, punyai tempat percutian yang mewah dan tenang di tengah – tengah hujai alam semula jadi yang subur. Bilik-bilik yang disediakan juga sangat selesa dan menawarkan pemandangan yang indah dan cantik.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Taiping ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Taiping ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!