13 Tempat Makan Malam Best di Setapak, Kuala Lumpur | Setapak adalah sebuah mukim di Daerah Gombak, Kuala Lumpu ini. Kawasan Setapak merangkumi keluasan 13.91 km persegi dengan majoriti penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Setapak, Kuala Lumpur ini.

 

1. ME’NATE STEAK HUB (SETAPAK) – MAKAN MALAM

Kalau korang craving nak makan Steak, korang boleh ke Me’nate Steak Hub ini. Me’nate Steak Hub ini adalah sebuah restoran yang cukup popular dengan hidangan padu lebih-lebih lagi hidangan Steak. Rata-rata pelanggan disini berpuas hati dengan hidangan Steak dimana sangatlah tender dan cair dimulut. Memang berbaloi lah orang kata. Selamat mencuba!

Lokasi ini di C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jln Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-41311611.

BUSINESS PAGE: https://menate.com.my/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/menatesetapak/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/menatesteakhub/

 

2. NY STEAK SHACK @ SETAPAK CENTRAL – MAKAN MALAM

Korang craving makanan Western? Jangan risau, korang boleh ke NY Steak Shack ini. Kalau korang nak tahu, NY Steak Shack adalah salah satu restoran Western yang menghidangkan banyak jenis hidangan sehingga korang pening nak pilih apa punya. Walaupun restoran ini kelihatan biasa tapi sebenarnya, luar biasa tau. Antara menu yang korang boleh dapatkan disini ialah Beef Steak, Sirloin Steak Fries, Mix and Match dan banyak lagi. Memang berbaloi makan disini. Korang pasti akan menjilat jari punya lah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi Nyc Steak Shack ini di G37A, Setapak Central, 67, Jln Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-41313469.

BUSINESS PAGE: https://www.nysteakshack.com/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nysteakshack/

 

3. ROT THAI STEAMBOAT AND GRILL (SETAPAK) – MAKAN MALAM

Sebut saja Rot Thai Steamboat and Grill pasti sudah ramai yang tahu akan restoran ini. Restoran ini amatlah popular dengan hidangan Steamboat ala-ala Thai.  Korang pasti akan suka punya kerana banyak pilihan Seafood yang korang boleh cuba. Bukan setakat itu saja, Seafood sini sangatlah fresh, juicy dan sedap untuk dimakan ditambahkan pula dengan kuah Tomyam yang padu memikat. Huish, memang best! Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Korang bolehlah singgah disini. Memang puas hati punya lah.

Lokasi Rot Thai ini di No 72-0 Block J , platinum walk, No 2, Jln Langkawi, Setapak, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-2992176.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Rotthaibuffetsetapak/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rotthaibuffet_setapak/

 

4. GERAI ROTI CANAI MAHMUD – MAKAN MALAM

Korang dah buntu nak makan apa? Korang boleh ke Gerai Roti Cani Mahmud ini. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan Local yang korang boleh dapatkan. Ada Nasi Lemak, Nasi Goreng, Roti Canai, Char Kuey Teow dan banyak lagi. Memang puas makan lah orang kata kerana portion yang dihidangkan sangat lah mengenyangkan. Harga pun cukup berpatutan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin melepak bersama kawan-kawan. Memang terbaik!

Lokasi ini di Jalan Meranti, Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 7:10 pagi hingga 11:40 malam.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Gombak ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Setapak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply