13 Tempat Makan Malam Best di Segambut, Kuala Lumpur | Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi seperti Mont Kiara dan Sri Kiara. Walaupun tempat ini penuh kondominium, dekat sini juga mempunyai banyak tempat makan malam yang best-best.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Segambut, Kuala Lumpur ini.
1. SADDAM NASI KANDAR – MAKAN MALAM
Korang suka Nasi Kandar? Saddam Nasi Kandar adalah tempatnya. Korang pasti akan suka punya. Kalau korang nak tahu, Saddam Nasi Kandar adalah salah satu Nasi Kandar yang popular ada di Kuala Lumpur ini. Dekat sini, terdapat bermacam aneka kuah yang korang boleh dapatkan. Kesemua kuah disini sangatlah padu rasanya. Kombinasi gravy pun cukup mantap. Makan sekali pasti nak lagi. Bukan setakat itu saja, harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Saddam ini di 58, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka pada 7 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-3973786.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasikandarsaddam/
2. GINGER BY BRICK HOUSE GROUP – MAKAN MALAM
Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan cantik? Korang boleh ke Ginger by Brick House Group. Kalau korang nak tahu, Ginger by Brick Hourse adalah sebuah restoran English yang ada di Segambut ini. Dekat sini, mereka menyediakan makanan Western seperti Beetroot Hummus Bowl Burnt Butter Ulam, Sweet Potato Fries, Scallop Ikura Prawn Spagettini dan banyak lagi. Jadi, sambil makan tu bolehlah nikmati suasana tenang disini. Memang terbaik!
Lokasi Ginger by Brick House Group ini di Unit P05, Bamboo Hills, off Lebuhraya Duta Ulu Kelang, Taman Bamboo, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-2545218.
BUSINESS PAGE: https://brickhouse.my/outlets/ginger-kl/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/brickhousegroup/
3. MUHIBBAH SEAFOOD RESTAURANT HALAL – MAKAN MALAM
Korang nak makan Seafood yang best tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh ke Muhibbah Seafood Restaurant Halal ini. Muhibbah Seafood adalah sebuah restoran Chinese yang menghidangkan makanan laut Halal. Banyak makanan yang korang boleh cuba seperti Kai Lan with Salted Fish, Sotong Goreng Tepung, Buttered Prawns, Steamed Siakap with Ginger dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya akan rasa keaslian dan juga keunikkannya. Bukan setakat itu, tempat ini juga sesuai untuk korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lokasi ini di Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-77273153.
BUSINESS PAGE: https://www.muhibbahseafood.com/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/muhibbahseafood/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Segambut ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Segambut ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!