13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Bentong Pahang | Bentong adalah sebahagian dari tanah tinggi Pahang dan beriklim sejuk yang sesuai untuk Percutian Ekspress bagi warga Kuala Lumpur. Pun begitu, walaupun anda datang dari jauh samada dari utara atau selatan semenanjung, singgah di Bentong adalah amat disyorkan.

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja tempat menarik di Bentong yang ramai tak tahu.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Bukit Tinggi

Percutian ala Perancis di Colmar Tropicale pasti menjadi impian buat anda semua. Di daerah Bentong ini turut punyai tarikan yang sedemikian rupa. Lokasi yang berada di Bukit Tinggi ini bukan sahaja menyajikan panorama dan bangunan berkonsepkan ala Perancis, tetapi turut menyediakan banyak aktiviti menarik untuk anda.

2. Air Terjun Chamang

Hutan Lipur Sungai Chamang berada di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang punyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan lipur ini dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang dan berada kira – kira 8 km dari bandar Bentong dan kira – kira 69 km dari Kuala Lumpur.

3. Bilut Extreme Park

Bagi penggemar aktiviti lasak, anda boleh beraksi di Bilut Extreme Park yang berada di Felda Lurah Bilut. Bilut Extreme Park ini sudah beroperasi sejak 2013 dan menjadi tumpuan warga tempatan serta pelancong dari luar untuk mencuba banyak aktiviti menarik.

4. Bilut Valley Bee Farm

Seterusnya Bilut Valley Bee Farm pula berada sekitar 650m dari Bilut Extreme Park, jadi selepas puas berseronok jom melawat ke ladang lebah pula. Bilut Valley Bee Farm ini ialah lokasi yang dibina untuk mengeluarkan madu kelulut yang asli dan segar dari ladang organik!

5. Bentong Gallery

Bentong pun ada tempat bersejarah! Lokasi yang berada di bangunan kedai lama ini pada asalnya adalah kediaman dan kedai bagi Mr Loke Yew dan kini telah dijadikan sebagai Galeri Bentong. Bangunan kedai yang masih mengekalkan seni bina asli ini turut menjadikan lokasi ini miliki nilai sejarah yang tersendiri.

6. Bentong Walk

Dah tahu tentang sejarah daerah Bentong? Jom terokai Bentong Walk untuk nikmati suasana dan melihat kehidupan harian warga Bentong. Suasana Bentong Walk ini dihiasi dengan banyak Street Art yang berkaitan tarikan Bentong, replika jambatan serta tanglung yang menghiasi sisi jalan dan yang digantung di ruang udara.

7.  Kolam Air Panas Bentong

Anda sudah lelah dengan segala aktiviti lasak di Bilut Extreme Park dan SWATT Paintball? Jom meregangkan otot di Kolam Air Panas Bentong pula. Di sini ada dua buah kolam utama untuk anda mandi – manda mengikut tahap kedalamannya.

8. Swat Paintball

SWAT Paintball yang berada di Kampung Janda Baik ini adalah lokasi  yang tepat buat anda. Menariknya lagi kerana kanak – kanak turut boleh menyertai aktiviti ini dan anda boleh memilih untuk bertempur di dalam padang yang luas atau kecil.

9. Lemang To’ki

Daerah Bentong bukan sahaja terkenal dengan hasil tanaman herba Halia Bentong, tetapi ia turut terkenal dengan keenakkan lemangnya! Restoran Lemang To’ki adalah tempat wajib untuk anda menjamu selera seawal jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

10. Bentong Happy Farm

Jom bawa ahli keluarga anda meneroka ladang tanaman dan haiwan ternakan di Bentong Happy Farm. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah morning hiking untuk menyaksikan keindahan ‘Sea of Clouds’, jungle night walk, animal petting dan organic farm tour dan harvesting.

11. Japanese Village

Tak perlu tempah tiket untuk ke sana. Kami bawakan Jepun di Malaysia untuk anda. Jom, kami bawakan anda ke satu perkampungan Jepun yang berada di Japanese Village, Bukit Tinggi. Ianya adalah perkampungan ala-ala Jepun dan kini menjadi lokasi  tumpuan pelancong.

12. Jimmy’s Durian Orchard

Bagi penggemar durian anda pasti inginkan durian jatuh terus dari ladang. Pasti pengalamannya berbeza apabila anda dapat merasai sendiri raja buah ini apabila anda datang dan makan terus dari ladangnya. Jimmy’s Durian Orchard dapat berikan anda pengalaman unik itu.

13. Lentang Forest Reserve

Lentang Forest Reserve sangat sesuai untuk anda kunjungi untuk bersantai bersama keluarga. Lokasinya juga mudah diakses kerana ianya berada bersebelahan Lebuhraya Karak sahaja. Anda akan dapat rasai suasana yang nyaman dan segar. Ditemani pula dengan bunyi unggas dan deruan air terjun.

 

Jadi, sampai sini saja senarai tempat menarik di Benytong ini. Menarik dan unik bukan? Ada sahaja aktiviti yang anda boleh lakukan ketika bercuti mahupun pada waktu hujung minggu. Bawalah keluarga yang tersayang untuk luang masa bersama. Pastinya berbaloi dan akan jadi kenangan yang indah buat anda. Selamat bercuti!

Share.

Leave A Reply