myPDPP: Pengambilan Calon Guru PDPP 2024 | Program ini khusus untuk melatih calon guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam banyak bidang pengkhususan bagi keperluan di Sekolah Rendah dan di Sekolah Menengah (Mod Sepenuh Masa).

Ayuh bagi sesiapa yang minat menjadi guru KPM, permohonan PDPP (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan) kini dibuka melalui Portal myMOHON mypdpp.

Ini membawa maksud bahawa jika anda ada Ijazah, berumur bawah 35 tahun dan yang paling penting – berminat jadi GURU KPM – IPG akan buka Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan khas untuk IJAZAH BUKAN PENDIDIKAN. Belajar 1 tahun sahaja. Menarik kan? Jangan lepas peluang!

14 MAC 2024 ini akan dibuka permohonan. Nak mohon di mana? myMOHON dibangunkan bagi membolehkan permohonan dibuat dalam talian. Jom ketahui lebih lanjut tentang tawaran ini dan cara permohonan PDPP online.

Selain itu, jika anda ingin lihat lebih banyak info menarik anda boleh klik DI SINI.

Pengenalan Portal myMOHON mypdpp

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini pelawa calon – calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang – bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru.

myMOHON ini wujud bagi membolehkan permohonan dibuat di dalam talian.

Maklumat & Syarat Permohonan PDPP Ambilan 2024

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2024

Pautan Permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan layari portal myMOHON di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 14 Mac 2024.

Calon yang didapati memberi info yang salah/ tidak benar/ manipulasi info dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang – undang.

Rujuk iklan penuh di lihat DI SINI

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
  • Umur tidak lebih dari 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau
    selepas 30 September 1989.
  • Memiliki minimum gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran bahasa
    Melayu di tahap SPM.
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana – mana Universiti Awam (UA) di
    Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan ** Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
    dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average
    (CGPA) minimum 2.50 ; ATAU
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Swasta (US) di Malaysia dan
    luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta ** Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average
    (CGPA) minimum 2.50;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang penuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang telah tetap oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Pemohon yang pernah ikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam
    peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana – mana agensi serta agensi Kerajaan Negeri dan tidak dapat pelepasan dari pihak itu.
  3. Calon yang pernah ikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam
    peperiksaan serta ditamatkan dari pengajian.
  4. Calon yang diisytiharkan bankrap.
  5. Calon yang pernah meletak jawatan dalam Perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
  6. Calon yang diberhentikan dari Perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah /penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri.
  7. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Tarikh Tutup Permohonan

Mulai 14 Mac hingga 15 April 2024

Maklumat Lanjut myMOHON myPDPP

Calon boleh semak tarikh – tarikh penting pengambilan PDPP ambilan tahun 2024. KPM berhak meminda program dan tarikh mengikut keperluan semasa. Maklumat tambahan tentang promosi pengambilan program PDPP ambilan tahun 2024 boleh dilihat melalui Youtube Live “Jom Jadi Cikgu” mulai Mac hingga Julai 2024.

Calon mesti jalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum datang temu duga dan UKF. IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.

Pertanyaan untuk Program ini. Sila hubungi alamat berikut jika ada pertanyaan teknikal:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM

Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733

No Fax : 03-8312 6655

Share.

Leave A Reply