13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Sepang Selangor | Pada asalnya, Sepang Selangor adalah daerah yang agak terpencil namun kini banyak tempat menarik di Sepang. Bandar Cyberjaya ini dikelilingi oleh daerah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Langat. Kawasan ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Dengkil, Labu dan Sepang.
Tahukah anda kawasan Sepang Selangor amat dikenali hingga ke persada dunia? Misalnya, lapangan terbang utama negara di Asia Tenggara iaitu KLIA dan tapak perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berikut adalah tempat – tempat menarik di Sepang, pantai di Sepang, tempat menarik di Dengkil dan kawasan berhampiran iaitu Hulu Langat.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Taman Tasik Cyberjaya
Di taman Tasik Cyberjaya, anda boleh berjalan, joging, atau naiki basikal di sepanjang laluan yang mengelilingi tasik, sambil nikmati pemandangan bandar Cyberjaya dari menara tinjau. Tempat menarik di Cyberjaya ini juga punyai pemandangan tasik yang menarik dengan teratai air yang cantik dan bunga teratai.
2. Pantai Bagan Lalang
Pantai di Sepang iaitu Pantai Bagan Lalang (Sepang Gold Coast) adalah pantai yang memang meriah dengan pengunjung. Menariknya di sini ketika air surut, pengunjung boleh berjalan sekitar 300m – 400m ke tengah laut untuk rasai sendiri pengalaman menangkap ketam dan kerang. Selanjutnya, aktiviti lain seperti berkelah, bermain layang – layang, barbeku, berkhemah dan menunggang kuda adalah tarikan pengunjung ke sini.
3. Avani Gold Coast Sepang
Alami tempat penginapan bertaraf chalet terapung yang menarik di Avani Gold Coast Sepang. Chalet ini terkenal sebagai tempat pilihan penginapan untuk pasangan mahupun keluarga. Keunikan yang ada pada chalet ini ialah dari sudut atas udara ia dilihat seperti pokok kelapa sawit. Pelbagai kemudahan yang disedia di chalet yang menempatkan 315 unit bilik ini seperti tempat makan dan kolam renang.
4. Restoran Bayu Malam
Restoran Bayu Malam adalah tempat makan malam yang best untuk menjamu selera. Ia berada hanya 5 minit dari pusat penginapan Avani Gold Coast Sepang. Selain itu, restoran ini menyajikan banyak menu ikan bakar dan makanan laut segar yang mampu mengenyangkan perut anda.
5. Go-Kart di Sepang
Khas untuk para remaja yang gemar akan aktiviti lasak dalam bidang permotoran di Sepang Selangor. Sewaan kereta go-kart dan bermain di atas litar disedia di Go-Kart di Sepang. Pengunjung boleh memilih jenis kereta yang disediakan di sini seperti Double Seater Kart, Cader Kart, 125 cc Kart dan Pro Kart. Lain dari itu, aktiviti yang dibuat oleh City Karting ini turut ada cawangan lain di Shah Alam dan Langkawi
6. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
KLIA atau KLIA II memang tidak lekang dengan kedatangan orang yang datang dan pergi dari dalam mahupun luar negara. Mana taknya, lapang terbang ini adalah lapangan terbang antarabangsa paling utama di Malaysia. Selanjutnya, ia berada hanya 45km dari selatan bandar raya Kuala Lumpur.
7. Jeti Wak Sempuh
Berhampiran dengan pantai di Sepang iaitu Pantai Bagan Lalang, Jeti Wak Sempuh amat sesuai untuk memancing. Antara ikan yang selalu dipancing oleh ‘kaki pancing’ ialah siakap, jenahak dan senangin. Tambahan pula, ada juga kedai yang menjual joran dan umpan dengan harga yang berbaloi.
8. Paya Indah Wetlands
Paya Indah Wetlands adalah tempat menarik di Dengkil sebagai kawasan eko pelancongan utama di Malaysia. Selain itu, ia terdiri dari 3 zon utama iaitu Zon Rekreasi, Pendidikan dan Konservasi. Kawasan seluas 3100 hektar ini miliki 14 aktiviti menarik untuk diterokai.
9. Muzium Automobil Nasional
Di Sepang juga miliki muzium iaitu Muzium Automobil Nasional. Dengan berkembangnya industri kenderaan Malaysia, maka muzium ini telah dibina. Ia mempamerkan banyak koleksi kereta klasik, motosikal dan kereta import tempatan yang punyai sejarah yang tersendiri. Antara kereta klasik yang dipamer seperti The Brushmobile tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer tahun 1935.
10. KLIA Jungle Broadwalk
KLIA Jungle Broadwalk yang berada di dalam KLIA adalah hutan buatan berkonsepkan hutan di dalam bandar. Ia direka seperti suasana hutan asli yang lengkap dengan kebun bunga, air terjun, tumbuhan menghijau dan titi kayu. Jika jadual penerbangan anda lambat, maka singgah di sini dahulu sambil nikmati keindahan ala-ala hutan asli.
11. Aerobar Gamuda Cove
Aerobar Gamuda Cove amat sesuai untuk anda yang tidak gayat dengan ketinggian. Ia adalah tarikan terbaharu untuk makan secara terapung di udara. Selain itu, dengan ketinggian hanya 35 meter pengunjung dapat menjamu selera sambil santai nikmati pemandangan hijau dan tasik di sekitar kawasan ini.
12. Air terjun di Hulu Langat
Air Terjun Sungai Gabai yang hanya berada dekat dengan Air Terjun Sungai Congkak memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini. Selain itu, kejernihan air di kawasan air terjun ini serta lokasi strategik di kawasan redup memikat lagi hati orang ramai untuk perkelahan dan barbeku.
13. Gunung Nuang
Gunung Nuang dengan ketinggian cecah 1493m ini adalah gunung tertinggi di Selangor. Tambahan pula, untuk mendaki gunung ini pengunjung perlu miliki stamina yang tinggi kerana laluan agak berliku. Selanjutnya, 2 laluan yang disediakan untuk menuju ke puncak iaitu dari Janda Baik dan Hulu Langat.
Bandar sibuk penuh manusia yang mencari rezeki ini nyata tak kalah hebat nya dari sudut pelancongan. Bagi merasai pengalaman baru dan dapat mengutip sedikit ilmu pengetahuan serta luang masa bersama orang tersayang, cubalah datang ke tempat yang dicadangkan.