13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Muar Johor | Muar salah satu daerah di dalam negeri Johor Darul Takzim (JDT) kaya dengan keunikan tersendiri. Setelah diisytihar sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012, Muar masih mengekalkan sejarah berharga yang layak dikunjungi semula.

Juga disebut sebagai Bandar Maharani, bandar bersejarah ini miliki tarikan alam semula jadi yang istimewa seperti misteri Gunung Ledang dan pemandangan cantik di Pantai Leka. Pasti anda tidak akan rugi jika datang ke sini kerana Muar miliki banyak tempat yang bakal menarik minat anda.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.1.

1. Maharani Mural Lane

Seni jalanan atau street art memang sangat menjadi tarikan pengunjung dan para pelancong di mana – mana kota. Di Muar, anda boleh dapati dan nikmati street art ini di Maharani Mural Lane. Terletak di Pekan Muar, Maharani Mural Lane ini sangat cantik apabila anda dapat lihat betul – betul depan mata anda sendiri.

2. Taman Tanjung Emas

Beralih kepada tempat menarik di Muar, jika anda berada di sekitar bandar Muar, anda boleh mulakan dengan berkunjung ke Taman Tanjung Emas. Sebuah taman rekreasi yang berada di muara sungai Muar, orang ramai yang dapat nikmati pemandangan laut Selat Melaka.

3. Sungai Muar

Jika anda sudah ke Taman Tanjung Emas, tidak salah untuk anda mencuba aktiviti boat cruising di sekitar Sungai Muar. Pembelian tiket boleh dibuat di Jeti Tanjung Emas. Tour yang ambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ini bermula di jeti itu dan akan menyusuri Sungai Muar.

4. Taman Tanjung Ketapang

 

Masih di kawasan sekitar, ada juga sebuah taman bernama Taman Tanjung Ketapang. Taman ini yang juga adalah sebuah kawasan rekreasi punyai kawasan hutan bakau yang menjadi rumah kepada monyet dan banyak binatang liar lain yang tidak berbahaya kepada para pengunjung.

5. Ladang Herba Nasuha

Jika anda seorang yang gemar ke spa, anda boleh melawat Ladang Herba Nasuha yang berada 19km dari bandar Muar. Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia. Ladang ini ada menjual produk tempatan seperti minuman herba teh di samping menjual produk rempah ratus yang lain kepada pengunjung.

6. Pantai Leka

Masih di sekitar luar bandar Muar, anda boleh berkunjung ke Pantai Leka yang berada di Parit Jawa. Pantai yang punyai kampung nelayan ini menjanjikan pemandangan yang amat cantik lebih – lebih lagi ketika matahari terbenam. Pantai Leka ini juga adalah kawasan perlindungan burung di mana burung berhijrah.

7. Gunung Ledang

Untuk penggemar aktiviti luar seperti aktiviti berkhemah atau mendaki gunung, anda boleh menuju ke Gunung Ledang. Gunung yang terkenal dengan kisah mistik Puteri Gunung Ledang ini menyediakan pengalaman akitiviti luar yang sangat menarik dan lain dari gunung – gunung di Malaysia.

8. Menara Jam Muar

Menara yang dibina berasaskan seni bina Inggeris lama, berada di Laman Maharani Padang Nyiru. Terdapat kawasan lapang yang hijau di sekitarnya, anda akan dapat nikmati suasana nyaman di tengah bandar Muar sambil lihat pemandangan air pancut dan bergaul dengan penduduk tempatan.

9. Muzium Layang-Layang

Muzium Layang-Layang yang disebut sebagai muzium layang – layang pertama di Malaysia sejak 2002 sudah semestinya jadikan muzium ini amat istimewa. Permainan layang – layang hingga kini masih kekal berterusan menjadi kegemaran bagi kanak – kanak mahupun orang dewasa.

10. Tanjung Agas Muar

Tanjung Agas ialah pekan kecil yang berada di daerah Tangkak, Muar. Dataran Tanjung Agas Muar sesuai untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga, dan juga aktiviti memancing yang menarik. Selain melihat jambatan dan view Muar yang cantik, pengunjung juga dapat mendengar kicauan burung dan angin sejuk pada waktu pagi melalui laluan berpohon.

11. Jambatan Sultan Ismail

Tarikan lain di Muar ialah Jambatan Sultan Ismail, dibina pada tahun 1960-an, menggantikan feri sebagai lintasan sungai. Jambatan ini menghubungkan Bandar Maharani Muar dan Tanjung Agas. Keluli istimewa Jerman, satu tan simen, 130 orang, dan beberapa juta ringgit.

12. Bukit Mor Hiking Trail

Tempat hiking sesuai untuk beginner. Anda boleh capai puncak Mor Hill dalam kira – kira sejam sahaja, dan ia tidak terlalu mencabar. Banyak yang datang bersama anak – anak mereka. Setibanya di puncak, anda akan melihat pemandangan alam yang indah. Anda boleh ikuti laluan yang tersedia dari Pekan Muar. Perlu 25 minit untuk sampai ke bukit ini, jadi wajib membawa air bersama anda semasa hiking.

13. Wetex Parade

Jika anda gemar beli – belah, kunjungi Wetex Parade, pusat membeli – belah terbesar di bandar ini. Ini ialah kedai sehenti untuk penduduk tempatan dan pelawat, dari kedai, restoran ke pasar raya dan ATM. Sambil mencari barangan keperluan dan cenderahati, larikan diri dari cuaca panas di pusat beli – belah ini.

 

Itulah 13 tempat menarik di Muar yang telah kami kongsikan. Muar sememangnya miliki banyak tempat menarik untuk anda yang bakal bercuti nanti. Rugi jika anda tidak datang ke Muar kerana banyak tempat menarik yang anda akan terlepas nanti.

Share.

Leave A Reply