Hasil Siasatan. Ini Punca Arwah Nazmie Aizzat Dipukul. Tak Sangka. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Jumaat lepas kita dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati. Apabila seorang pelajar kolej vokasional di Lahad Datu Sabah ditemui meninggal dunia akibat dipukul rakan. Insiden berlaku kerana mangsa dituduh mencuri duit.

Nazmie Aizat

Dituduh mencuri RM85. Punca seorang pelajar kolej maut dipukul oleh pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata. Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa. Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

2 PELAJAR HILANG WANG

“Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35. Di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

“Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun. Yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan telah membenarkan tahanan reman selama enam hari sehingga 29 Mac ini.

POLIS AMBIL KETERANGAN 12 SAKSI

“Setakat ini, polis turut mengambil keterangan terhadap 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit.

“Pihak polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek.

“Selain itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah,” katanya.

Rohan berkata, pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa.

Pada Jumaat melaporkan Mohammad Nazmie Aizzat ditemui maut di dalam asrama tersebut dipercayai akibat dipukul.

Mayat mangsa ditemukan dengan kesan lebam dan kecederaan pada tubuh badan dipercayai dipukul oleh rakan asrama di kolej tersebut.

BERITA LAIN YANG BERKENAAN

KELUARGA MINTA BERI RUANG

LAHAD DATU – Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di sini, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

nazmie

Keluarga mangsa yang ditemui di Jabatan Forensik Lahad Datu dilihat masih dalam keadaan terkejut dan sukar untuk menahan kesedihan ketika menunggu proses bedah siasat dilakukan.

TIDAK MAHU KELUARKAN APA-APA KENYATAAN LAGI

“Buat masa ini kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. Harap maklum,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa pada Sabtu.

Media pada Jumaat melaporkan Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, yang merupakan pelajar jurusan Bioteknologi di kolej berkenaan ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 6.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Hasil siasatan awal terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa bahagian badan mangsa dan punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Lahad Datu bukan Vietnam, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad memaklumkan seramai 13 orang pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Pihak polis turut mengesan tujuh saksi bebas bagi membantu siasatan kes yang kini dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUMBER : SH

Share.

Leave A Reply