13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Gelugor, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Gelugor atau dikenali sebagai Glugor adalah sebuah bandar yang berada di bahagian selatan George Town, Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, bandar ini juga dikenali sebagai bandar universiti di Pulau Pinang ini kerana banyak institusi pendidikan disini. Bukan sahaja, bandar ini juga mempunyai tempat makan menarik yang ramai tak tahu.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Gelugor, Pulau Pinang ini.
1. KABIN GRILL – KAFE
Anda lapar tapi tak tahu nak makan apa? Haa jangan risau, anda boleh mengisi perut anda di Kabin Grill ini. Kalau nak tahu, Kabin Grill adalah salah satu kafe yang cukup menarik untuk anda kunjungi lebih lebih anda seorang penggemar makanan Western. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak menu Western yang anda boleh dapatkan. Semestinya anda akan rambang mata punya dan terliur. Kalau anda ada dekat sini, boleh lah cuba Grill Chicken dan Beef Burger yang menjadi kegilaan orang ramai kerana kelembutan dan kelazatan rasanya. Memang terbaik. Jadi, kalau anda ada plan makan bersama keluarga atau kawan kawan, boleh lah datang singgah ke sini. Selamat mencuba!
Lokasi ini di 355C, Lengkok Pemancar, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Rabu hingga Ahad pada 8 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-5005350.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kabin.grill/
2. MOACI STREET CAFE – KAFE
Inginkan tempat yang best untuk bersantai? Moaci Street Cafe adalah tempatnya untuk anda. Kalau nak tahu, Moaci Street Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dalam social media Tiktok. Di Tiktok Halalfoodie, video kafe ini memperoleh seramai 163.9k jumlah penonton. Anda pasti akan menyukainya kerana kafe ini bukan sahaja menyediakan pelbagai hidangan yang lazat tapi suasana dan perkhidmatan disini cukup tenang dan terbaik! Memang best lebih lebih lagi ada kawan atau tersayang temani anda. Nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
331,Jalan yeap chor ee Jalan bukit gambier Gelugor, 11700 George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada 7 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-9889818.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/themoacicake/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/moacistreetcafe/
3. KOREAN CAFE SHWIM PYO – KAFE
Tiba tiba tekak terasa nak makan makanan Korea yang halal dan sedap? Anda boleh cuba singgah di Korean Cafe Shwim Pyo ini. Untuk pengetahuan anda, Korean Cafe Shwim Pyo adalah kafe yang cukup popular dengan penduduk setempat dengan hidangan Koreanya. Rata rata pengunjung yang pernah makan disini memberikan reaksi dan feedback positif terhadap menu yang ada.
Kesemua hidangan disini sangat lazat sehingga membuatkan anda seolah olah berada di negara Korea. Dakgalbi, Buldak Bokkun Myun, Ramyun Ddeokbokki adalah antara menu yang anda boleh cuba. Dah lah sedap, harga dan portion yang ditawarkan pun cukup berbaloi! Tak percaya? Anda boleh cuba lihat dan rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi kafe ini di 1, Halaman Bukit Gambir, Sunway Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 12 tengah hari hingga 10 malam kecuali Ahad dibuka pada 4 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-2953481.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ShwimPyo/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Gelugor ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best diGelugor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!