13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Seberang Jaya, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Seberang Jaya, sebuah bandar yang berada di tengah Butterworth dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Nama bandar ini adalah variasi daripada Seberang Perai. Kalau korang nak tahu, bandar ini adalah salah satu kawasan perumahan dan komersial yang penting disini yang semakin pesat membangun. Bukan setakat itu sahaja, dekat sini terdapat juga banyak tempat makan yang menarik tau terutamanya kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini.
1. EMPAT SEKAWAN – KAFE
Kalau anda ada di Seberang Jaya, anda boleh cuba singgah di Empat Sekawan ini. Kalau anda nak tahu, Empat Sekawan adalah sebuah kafe yang bukan sahaja dapat menyediakan makanan asli kepada anda tetapi juga untuk memartabatkan semangat Malaysia. Walaupun kafe ini kelihatan fancy tetapi jangan risau, mereka menawarkan harga yang cukup mampu milik kepada pelanggan supaya dapat menikmati kelazatannya. Jadi jangan segan silu untuk mencubanya.
49 & 51, Jln Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Perai, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-8238388.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/EmpatSekawanCafe/
2. LOMAQ COFFEE – KAFE
Alamak tiba tiba tercraving masakan Lemak? Haaa jangan risau, anda boleh cuba di Lomaq Coffee ini. Lomaq Coffee adalah salah satu kafe yang sering dikunjungi bagi peminat masakan Lemak. Dikatakan masakan Lemak disini cukup mengiurkan sehingga mampu membuatkan menjilat jari. Ramai pengunjung yang pernah datang kesini memberikan reaksi dan feedback positif dan mengesyorkan kepada orang ramai untuk mencubanya. Pasti takkan menyesal punya lebih lebih lagi harga dan portion pun cukup mampu milik dan besar! Memang sesuailah untuk makan bersama seisi keluarga atau kawan kawan. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Lomaq Coffee ini di 1 Hala Kalui Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-2980934.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LOMAQCOFFEE/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lomaqcoffee/
3. ONYA CAFE – KAFE
Anda mencari kafe masakan Local dan juga Asia? Kalau “Ya”, anda boleh kunjung ke Onya Cafe ini. Kalau nak tahu, Onya Cafe ini adalah salah satu kafe muslim friendly yang paling popular di Seberang Jaya. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang bakal memenuhi citarasa anda. Sememangnya sedap. Antara menu yang anda boleh cuba ialah Creamy Cheese Noodles, Nasi Lemak, Thai Pasta Salted Egg dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu. Pasti anda akan suka punya. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Lengkok Mayang Pasir 2, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-4584854.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/onyapg/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Seberang Jaya ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Seberang Jaya ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!