13 Tempat Makan Best Arab Di Nilai, Negeri Sembilan | Nilai adalah bandar yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi melancarkan sistem perhubungan, terdapat stesen KTM yang dihubungkan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia bolehkan Nilai jadi bandar yang membangun.

Dekat sini, banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan apa di Nilai? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda cuba di Nilai yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan yang pelbagai, direka khas untuk puaskan selera anda.

 

1. AL JAMAL RESTAURANT – MAKANAN ARAB

Al Jamal restoran makanan arab yang mendapat rating yang tinggi di Google dan review semua mengatakan restoran ini adalah restoran yang terbaik untuk siapa yang cari restoran makanan arab yang best dan padu. Memang korang sekali datang akan repeat lagi.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di AL Jamal Restaurant Nilai, Avenue 9, Giant Nilai, Shop A 27 & A 28 014 3861, 450, Jalan BBN 1/3, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  012-717 2842.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mataam.al.jamal/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/aljamal_restaurant/

 

2. RUMAH MAKAN DATARAN NILAI – MAKANAN ARAB

Ini adalah salah satu restoran makanan arab area Nilai yang sangat popular dengan penduduk di Nilai. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review yang memuaskan dan mereka akan repeat lagi. Menu yang pelbagai dan nasi arab mandy mereka adalah menu popular di restoran mereka. Harga pon berpatutan dengan portion.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di Dataran Nilai, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kedai ini mula operasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 12 tengah hari hingga 12 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 016-208 0716.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/datarannilai/

 

3. HAPPY CAMEL HIJAZI – MAKANAN ARAB

Happy Camel hidangkan Nasi Arab Sayadiyah atau Nasi Arab Seafood dengan resepi ASLI lagi istimewa dibawa dari Tanah Hijaz yang pastinya akan bawa anda kembali mengimbau kenangan sewaktu berada di sana. Bagi yang belum pernah ke sana anda pasti teruja dengan resepi baru Nasi Arab yang lain dari lain.

Signature Happy Camel tentulah hidangan nasi di dalam talam seperti anda berada di khemah di padang pasir. Mereka juga sediakan pelbagai jenis manisan arab yang digemari ramai seperti Kunafa dan Kek Nido.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di PT9926, Jalan BBN1/3K, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 3 petang hingga 8.45 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 013-917 1675.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HappyCamelSeafood/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hpycamel/

 

4. HADRAMOT TAYEBAT – MAKANAN ARAB

Hadramot Tayebat adalah salah satu restoran makanan arab yang sajikan makanan arab dan timur tengah yang unik dan pelbagai jenis. Dekat sini, pelbagai menu mereka sediakan, seperti nasi arab mandy dan khabsah, shawarma, kebab ayam dan daging, manisan arab dan banyak lagi. Korang jangan lupa datang dan cuba tau!

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di Mesamall, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-2892 9413.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HadramotTayebatNilai/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Nilai ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply